Recent Post

Thursday, September 17, 2015

Kepala Budak 2 Tahun Tersangkut Di Pintu Restoran


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

BEIJING - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun menjerit kesakitan apabila kepalanya tersangkut di pintu sebuah restoran. Kanak-kanak yang tidak dinamakan itu, bermain berhampiran pintu kaca tanpa sebarang pengawasan. Apabila datang seorang pelanggan yang tidak menyedari mangsa berada di situ, dia membuka dan menutup pintu itu menyebabkan kepala mangsa tersangkut. Ibu bapa mangsa yang makan di restoran di Naning, ibu kota Wilayah Jiangsu di timur China, bergegas membantu anak mereka apabila dia mulai menangis kesakitan. Tetapi, mereka tidak berjaya melepaskan kepala mangsa dari antara pintu kaca tersebut dan terpaksa menunggu bantuan daripada pihak bomba. Bomba yang datang tidak lama kemudian, terus menggunakan alatan khas untuk menolak pintu kaca tersebut dan meletakkan sabun sebagai pelincir di leher mangsa sebelum berjaya dilepaskan. Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pasukan perubatan mengesahkan kanak-kanak terbabit masih hidup tetapi tiada maklumat mengenai keadaan terkini mengenai mangsa. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *