Recent Post

Friday, October 02, 2015

'Mahathir Sudah Gila, Perlu Jalani Pemeriksaan Mental' - Ramesh Sendu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dinasihat menjalani pemeriksaan mental setiap enam bulan sekali, kata Pengerusi Pertubuhan Minda Sendu & Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao. Menurutnya, saranan itu dibuat kerana beliau mendakwa Tun Mahathir sudah gila kerana merestui perkara yang ditentangnya sendiri ketika menjawat jawatan Perdana Menteri yang juga merujuk pada kelantangan Tun Dr Mahathir menyerang pentadbiran Najib Razak. "Saya minta beliau menjalani pemeriksaan mental segera, saya rasa beliau sudah gila. Dulu tak sokong demonstrasi, sekarang sokong. Dulu tak sokong media asing, sekarang sokong. DUlu tak sokong undi tidak percaya, sekarang sokong. Ini sudah membuktikan dia gila. "Dia perlukan rawatan segara. Orang kata kalau umur sudah lebih 60 tahun, kepala menjadi sasau. Minggu lepas pun dia kata bila Najib sampai keluar negara dia akan ditangkap. Jadi ini kenyataan orang gila, kepala tak betul. Kenyataan pun tidak waras," katanya semalam. Bagaimanapun netizen mengkritik kenyataan pengerusi pertubuhan sendu itu yang dilihat lebih kepada menjilat Najib dan mengharapkan balasan dilantik sebagai menteri. Netizen juga mempersoalkan apa jasa Ramesh kepada negara sehingga berani mengatakan Tun Dr Mahathir gila dan tidak waras. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *