Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Nabil Ahmad, 29, yang baru pulang dari Tanah suci Mekah berkata pengalaman mengerjakan ibadah haji buat kali pertama menjadikannya lebih bersyukur selepas melihat pelbagai kesusahan dilalui jemaah lain untuk melengkapkan rukun Islam kelima itu.
Menurut Nabil, terdapat jemaah haji yang serba kekurangan melaksanakan tanggungjawab mereka termasuklah ada yang terpaksa tidur di tepi-tepi jalan dalam keadaan serba kekurangan.
"Saya paling terkesan apabila melihat jemaah haji lain yang bersusah payah ke sana (Mekah) dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidur di tepi jalan.
"Saya naik bas ke Mina, mereka berjalan kaki dalam keadaan panas terik. Bukan semua orang senang seperti jem aah Malaysia yang diurus dalam keadaan sempurna," ujar Nabil dipetik sebagai berkata.
Nabil berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan haji menerusi penerbangan akhir iaitu pada 29 September lalu dan tiba ke tanah air kira-kira pukul 3 petang Khamis.
Kata Nabil sepanjang mengerjakan Haji Ifrad itu, ibadah yang dilakukannya berjalan lancar dan sempurna. Namun dia hanya menghadapi ujian berhadapan cuaca yang panas sehingga nyaris demam.
"Cuaca di sana sangat panas dan saya hampir nak demam. Mujurlah saya makan macam-macam ubat untuk memastikan badan sihat agar dapat beribadat dengan sempurna," jelasnya.
Mengenai insiden rempuhan ketika jutaan umat Islam sedang menunaikan ibadah melontar Jamrah di Mina pada 24 September lalu, kata Nabil, dia menerima kejadian itu dengan hati yang terbuka dan positif.
"Apa yang saya boleh katakan, saya terima kejadian itu dengan hati terbuka. Bagi saya, kejadian itu hanya penyebab sahaja dan saya cemburu kerana mereka dapat meninggal dunia di Mekah ketika sedang beribadat," katanya.
Kejadian rempuhan itu berlaku di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab yang terletak kira-kira empat kilometer daripada perkhemahan jemaah Malaysia.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment