Recent Post

Friday, October 02, 2015

Salleh yakin BN S'wak menang p'raya negeri


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kerajaan Barisan Nasional Sarawak di bawah kepimpinan ketua menteri Tan Sri Adenan Satem akan memenangi Pilihan Raya Negeri

ke-11 tanpa menghadapi banyak masalah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

Katanya, beliau sangat yakin kerana tidak banyak isu besar yang dihadapi oleh BN negeri.

"Sarawak ada ketua menteri Tan Sri Adenan Satem yang sangat popular. Beliau memperkenalkan banyak dasar yang memberi faedah kepada negeri dan rakyatnya.

"Rakyat suka ahli politik seperti ini. Adenan juga mempunyai ramai pemimpin berkelayakan membantu beliau," katanya.

Beliau berkata semasa berucap dalam perhimpunan anjuran Komuniti 1Malaysia dan para pemimpin masyarakat dan penduduk kampung dari Kampung Lajim 5 dan 6 dekat Kuching semalam.

Sarawak dijangka mengadakan pilihan raya pada awal tahun depan. Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berakhir pada Jun 2016.

Mohd Salleh diiringi Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memilih menggunakan "laluan tidak sibuk" yang mengambil masa 10 minit dengan menaiki ikon pelancongan Sungai Sarawak "perahu tambang" dari tebingan Kuching ke kampung tersebut.

Abang Johari merupakan Anggota DUN Satok yang mana kedua-dua kampung terbabit terletak, serta menteri bertanggungjawab terhadap teknologi maklumat dan multimedia negeri.

Berhubung program sambungan internet di negeri itu dan juga Sabah, Mohd Salleh berkata beliau sudah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meningkatkan kelajuan dan kadar penembusan internet.

"Sambungan internet merupakan satu keperluan dan kita perlu lebih bersungguh-sungguh. Kita tidak boleh tertinggal. Jika tertinggal kita akan

kerugian," jelasnya.

Menurut Mohd Salleh petani kini meningaktkan pendapatan dengan mengiklan produk secara atas talian.

"Sekarang ia tidak sekadar rangkaian sosial seperti aplikasi Whaisapp atau Facebook tetapi menjurus kepada e-perniagaan, malah e-kerajaan," kata beliau.

Beliau sedang dalam lawatan dua hari ke Sarawak. Programnya bermula dengan taklimat mengenai senario politik semasa negeri disusuli mesyuarat dengan para pegawai Jabatan Penerangan seluruh negeri.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *