Recent Post

Wednesday, October 28, 2015

Maya Karin Derma RM2,000 Untuk Pesakit Kanser


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon dan penyanyi Maya Karin telah menyampaikan jumlah derma bernilai RM2,000 untuk pesakit kanser menerusi kempen amal #AirAsiaMAKNA.

Di majlis penyerahan dana sumbangan kempen amal #AirAsiaMAKNA yang berlangsung baru-baru ini, Maya menjadi selebriti yang menyumbang derma dengan nilai tertinggi di acara tersebut.

Majlis yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar, Pengurus Besar MAKNA, Farahida Mohd Farid dan pesakit kanser itu turut disertai oleh barisan selebriti Malaysia yang turun padang menyokong kempen tersebut.

Selain Maya, antara selebriti yang hadir ialah Ryzal Jaafar, Fahmie Esmail, Amelina, Sasha Saidin, Thanuja Ananthan, Tam Suhaimi, Ungku Ismail Aziz, Aizat Amdan, Chef Nik Michael Imran dan Harris Aliff.

Disamping meluangkan masa untuk memberi sokongan moral kepada pesakit kanser, barisan selebriti yang hadir juga telah memberi derma persendirian sebanyak RM500 seorang kepada tabung #AirAsiaMAKNA bagi tujuan membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan.

Pesakit-pesakit kanser, ahli keluarga dan juga tetamu majlis tersebut telah dihiburkan dengan persembahan hebat dari Maya dan tiga pemuzik yang telah menyampaikan tiga buah lagu yang berjudul Tersenyum, Laskar Pelangi dan Let It Be.

Kempen amal #AirAsiaMAKNA merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial syarikat penerbangan AirAsia yang memberi sumbangan terhadap Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menerusi jualan baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia yang dijual pada RM30 sehelai.

Di majlis yang sama, AirAsia juga telah menyerahkan dana berjumlah  RM120,945.64 kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA), hasil dana yang terkumpul dari kempen amal #AirAsiaMAKNA.

Artikel oleh: Kamaruddin Razal

Artikel ini disiarkan pada Rabu, 28 Oktober 2015.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *