Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Al-kisah road trip kami sekeluarga baru-baru ini. Kami memandu dari Kelantan - Hatyai - Krabi - Hatyai - Pulau Pinang - Perak - Kuala Lumpur - Johor - Kelantan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan walaupun travel dengan dua kanak-kanak. Namun, dalam perjalanan balik dari Johor melalui Mersing ke Kelantan, di daerah Kahang sesuatu yang tidak disangkakan berlaku. Kakak ipar mengambil alih tugas memandu dari suami aku sekejap. Tiba-tiba ada tiga buah motosikal mengekori kereta kami. Mengacah-acah dari belakang. Mereka memakai topi keledar cover muka. Dari saiz badan, kelihatan seperti pelajar sekolah menengah saja. Sampai di satu tempat, mereka menyimbah cecair ke cermin depan kereta. Mereka memecut laju selepas itu. Namun, mereka menunggu kami di tepi jalan. Kami dikejar sekali lagi dan disimbah sekali lagi. Suami sudah mula berang dan ingin mengambil alih pemanduan. Tetapi kakak ipar tidak membenarkan kerana risau jika suami saya bertindak mengikut darah mudanya. Jadi, kami terus dikejar lagi. Risau dengan keselamatan, aku menelefon 999. Dengan suara yang terketar-ketar, suarau di hujung talian berkata; "Bertenang puan, nanti puan berhenti di balai polis berdekatan," katanya. Tetapi ini kali pertama kami melalui jalan ini. Mustahil kami tahu di mana lokasi balai polis berhampiran. Bagaimana kalau ada apa-apa yang terjadi sebelum sempat kami tiba di balai polis? 3 buah motosikal itu terus mengejar kami. Takut, memang sangat takut. Tak tahu apa yang mereka mahukan dari kami. Sampai di lampu isyarat, lampu pula berwarna merah. Mereka sempat mengejar kami lalu disepak-sepak kedua-dua belah kereta kami. "Gila!" Mereka memecut laju ke depan tetapi berhenti di satu tempat. Siap tersengih-sengih lagi memandang ke arah kami. Namun, mereka tidak sedar yang dalam kesempatan itu kami berjaya mendapatkan nombor pendaftaran salah sebuah motosikal itu, JNT 6305. Kami teruskan perjalanan dan berhenti di Balai Polis Kahan. Setelah membuat laporan, saya meminta untuk disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil kes kami. Saya disambungkan terus kepada Inspektor Rizal dari IPD Kluang. Panjang perbualan kami. Namun antaranya berbunyi begini: Saya: "Jadi, pihak tuan tidak dapat pergi mencari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada nombor plat salah seorangnya. Jadi kita boleh mengesan alamatnya? Saya risau jika mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin akan mengekori kami lagi. Keselamatan keluarga kami dalam ancaman," Polis: "Saya tahu, apa yang saya kena buat, puan," Saya "Tetapi adakan tuan aka nmengambil tindakan yang segera?" Polis: "Saya tahu apa yang saya kena buat, puan," Saya: "Tapi kali tuan tidak dapat memberikan kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risaukan tentang keselamatan kami," Polis: "Keselamatan puan saya tidak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta," Saya: "??? Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerana saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tiada guna saya datang meminta bantuan polis," Polis: "Oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh menelefon pihak bomba dan ambulan," Saya: ".......... (Tak terkata seketika mendengar saranan dia). Tuan, kalaulah pihak tuan respon segera semasa saya menelefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka merosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin sudah dapat diberkas sekarang," Polis: "Eh puan, kami bukan Superman yang bila dipanggil terus ada," Saya: "Baiklah..." Kalau beginilah sikap pegawainya, maka tidak perlulah pelik kenapa jenayah semakin berleluasa. Kes budak sekolah, road bully seperti ini pun kau (polis) tak boleh selesaikan segera, tak perlu ceritalah kes-kes besar yang lain. Jika di bangku sekolah mereka sudah berani buat begini, dewasa kelak jangan mereka yang mengacukan pistol di kepala kau sudah. Beribu batu perjalanan kami, di bumi Malaysia juga keselamatan kami diancam. - Noorhidayu Mohamed Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment