Recent Post

Wednesday, October 28, 2015

PKR TERUS DERITA, PAS SEDIA KERJASAMA DENGAN BN!!!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

SEMUT HITAM PKR TERUS DERITA, PAS SEDIA KERJASAMA DENGAN BN!!! Ibarat mencurah 'Cuka diatas Luka', semakin perit derita yang sedang dirasai oleh puak - puak PKR tu pada ketika ini. Kalau tadi dengan puak - puak DAPigs yang melacurkan harapan mereka. (Artikel berkaitan: Harapan PKR Hanya 'Dilacurkan' DAPigs!!!) Kali ini giliran puak - puak PAS pulak meruntun harapan yang didambakan oleh puak - puak PKR tu untuk meraih sokongan dari parti yang didominasi oleh Melayu Islam tu sendiri. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi Awang hari ini tetap menyatakan pendirian bahawa mereka sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional demi menjaga kepentingan rakyat. Walaubagaimana pun, Presiden parti itu menegaskan bahawa mereka tidak berhasrat untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan diantara PAS dengan Barisan Nasional dimasa akan datang. "Kita sedia bertemu kerajaan. Ini sikap kita sebagai parti pembangkang kerana kita mahu pelihara hubungan rakyat. Bukan satu step (langkah permulaan) sudah banyak step kita sertai kerajaan campuran... masuk BN keluar BN.  PAS bekerjasama dengan perkara baik, tak kerjasama dengan perkara yang tak baik," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa. Disamping itu, Ahli Parlimen Marang itu juga menjelaskan, PAS lebih selesa untuk bertindak tidak agresif terhadap parti musuhnya itu dan mengambil inisiatif 'Menerang' dari 'Menyerang'. Ditanya mengenai kemungkinan PAS mengambil tindakan yang sama terhadap parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu pada ketika ini, Hadi Awang menolak sebarang kerjasama dengan mereka. "PAS tak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat. Kita tidak ada harapan dengan Harapan yang tak sampai destinasi. Bas ekpress nak pergi kuantan, tapi tersekat tengah jalan di Kuala Lipis," katanya. Nah! Dari satu sudut, PAS dah mula dapat membuka mata mereka dan melihat siapa musuh sebenar yang perlu mereka hadapi pada ketika ini. Ternyata, bukan orang lain yang menjadi musuh. Sebaliknya dari kalangan pemimpin - pemimpin mereka yang hanya sekadar berjuang demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri sehingga mereka sanggup jadi Pengkhianat.  Tinggal lagi, kalau ye pun Si Hadi Awang tu nak buat perumpamaan, jangan la sampai tahap mengarut sangat. Kot ye pun dia nak pergi ke Kuantan naik Bas Ekspress, mana ada lalu ikut Kuala Lipis!!!



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *