Recent Post

Tuesday, October 06, 2015

SERING MEMUJI BILA AF2015 - RAMLI MS DIKATAKAN BERAT SEBELAH


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF2015) iaitu Datuk Ramli MS dan menyatakan beliau seorang yang pilih kasih kerana sering memuji persembahan peserta Bila AF2015.

Bagaimanapun, Ramli MS menafikan dia bersikap berat sebelah dengan hanya memuji persembahan salah seorang peserta program itu, Bila.

Menurut Ramli, dia tidak perlu bersikap prejudis kerana Bila sememangnya layak diberi pujian dan menyifatkan persembahan peserta itu tidak pernah mengecewakannya.

"Saya cakap benda yang betul. Persembahan Bila tidak pernah mengecewakan dan dia cukup sempurna sejak minggu pertama lagi.

"Kalau pelajar lain melihat pujian itu sebagai negatif, maka negatifl ah ia. Tetapi sekiranya mereka melihat pujian saya itu satu benda yang positif, mereka pasti akan membandingkan diri dengan Bila dan berusaha lebih lagi.

"Lagipun mana-mana peserta yang tidak bagus, saya tak hentam, kerana tahu kemampuan mereka setakat itu sahaja. Tetapi saya akan kritik mana-mana peserta yang dilihat boleh diasah bakat mereka lebih lagi," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sudah bersama pelajar AF 2015 sejak minggu pertama lagi, Ramli MS bagaimanapun tidak mahu memberikan pendapat siapa yang bakal menjuarai pertandingan tersebut pada konsert akhir Ahad ini.

"Saya takkan cakap peserta mana yang dijangka juara. Tetapi melihat empat peserta yang akan berentap pada final ini sudah membuatkan saya puas hati dan gemb ira.

"Dan kita dapat lihat persaingannya cukup sengit. Para peserta juga harus berusaha lebih kerana jika mereka kurang menyerlah, peserta lain yang akan ke depan," jelasnya.

Empat finalis yang bakal berentap pada konsert akhir AF 2015 ialah Syamel, Sufi, Shahrul dan Bila. Konsert tersebut akan kan berlangsung pada Ahad ini di Auditorium MBSA, Shah Alam pada jam 9 malam.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NO STALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *