Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
SEMUT HITAM TERJERAT DENGAN "KEGHAIRAHAN" SENDIRI!!!
Mungkin akibat tidak dapat mengawal nafsu, atau mungkin kerana dia mendapat tekanan dari pihak luar membuatkan dia tersalah langkah dalam isu pembentukan Pakatan Harapan. Mungkin dek kerana terdorong keghairahan yang tak tentu arah itu juga telah membuatkan Presiden PKR tu kini dilihat hanya sekadar menjerut diri sendiri apabila dipertikai pemimpin parti. Biarpun pertikaian itu cuba ditutup, namun mereka tidak mampu menyelubungi bau busuk pekung yang dah terdedah sejak pengumuman Pakatan tersebut dibuat oleh Presiden parti itu. Ternyata, tindakan sumbang yang telah dilakukan itu hanya sekadar memakan diri sendiri apabila seramai 25 orang pemimpin PKR memfailkan petisyen bantahan mereka baru - baru ini. Dan apa yang lebih memeranjatkan, ada diantara mereka juga dilihat sebagai salah seorang penyokong kuat Si Wan Azizah tu sendiri. Persoalannya, kenapa perkara sedemikian boleh berlaku? Adakah benar wujudnya konspirasi dikalangan pemimpin PKR untuk menggulingkan Si Wan Azizah tu dengan menonjolkan Ketidak-mampuan dia sebagai seorang Presiden parti secara subversif? Jika dilihat senarai mereka yang menandatangai petisyen tersebut, kebanyakkanya dari kalangan penyokong tegar MB Cap Ayam tu dan sekali gus membenarkan dakwaan yang dibuat sebelum ini. Diantara alasan yang diberikan oleh mereka yang menandatangani petisyen tersebut, ialah membantah tindakan meminggirkan PAS sebagai salah satu daripada parti gabungan dalam Pakatan. Hakikatnya, kita tahu bahawa MB Cap Ayam tu memang mengharapkan sokongan dari PAS untuk dia terus mengekalkan kuasa pemerintahan semenjak perlaksanaan agenda Langkah Kajang. Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila dia secara konsisten menegaskan bahawa PAS tidak wajar disingkirkan begitu sahaja dan turut tidak mengiktiraf gabungan Pakatan tu di Selangor. Dan begitu juga pandangan yang diberikan oleh mereka yang menandatangani petisyen tersebut. Mereka juga senada dengan pendirian yang telah dibuat oleh Si MB Cap Ayam tu sebelum ini. Maka, tak heran la jika ada pihak, termasuk Si Chagubard tu membuat tanggapan bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi oleh Si MB Cap Ayam tu untuk memalukan Presiden secara terang - terangan. Maka kesimpulannya, memang terbukti bahawa pengumuman yang telah dibuat oleh Si Wan Azizah tu secara terburu - buru sebelum ini hanya sekadar mahu memenuhi agenda DAPigs untuk menyingkirkan PAS. Kalau tidak, kenapa pulak pemimpin PKR nak buat bantahan!!!
No comments:
Post a Comment