Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat Alyah berbadan dua kan....!
Iyelah... ini kerana Alyah dan Datuk Ramli MS sudah dua tahun mendirikan rumah, namun sehingga kini masih belum mempunyai cahaya mata.
Alyah disini menjelaskan sebab kenapa mereka belum mempunyai anak kerana jadual seninya dan suami yang padat membuatkan mereka tidak terfikir untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat. Namun kata Alyah, tahun 2016 adalah tahun yang dirasakan sesuai untuk mula memikirkan hal berkenaan.
"Kini kami sibuk dengan kerjaya seni masing-masing. Insya-Allah jika semuanya sudah selesai, tahun depan baru kami fikir tentang orang ketiga. Sejujurnya, kami tidak pernah membincangkan perkara ini tetapi kami per caya pada rezeki. Jika ada sekarang, alhamdulillah," ujar Alyah dipetik sebagai berkata.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment