Recent Post

Monday, November 23, 2015

Edry KRU Dapat Anugerah Komposer Pendapatan Terbanyak MACP 2015


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Komposer terkenal Edry Abdul Halim terpilih buat kali kedua sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak pada Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2015 yang diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara di sini, Ahad.

Pengerusi MACP, Habsah Hassan pula menerima anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak.

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari pula dipilih sebagai penerima trofi kategori Komposer Muda Berpotensi.

Untitled

Manakala, komposer era 50-an, Sharuddin Amin menerima Anugerah Nadi Cipta atas sumbangannya dalam industri muzik.

Edry ketika ditemui berkata, dia bersyukur dengan anugerah berkenaan dan ia sebagai pemangkin semangat untuknya terus berkarya pada masa hadapan.

"Dalam berkarya harus ada keikhlasan kerana dengan cara itu sesuatu lagu itu dapat sampai kepada peminat.

"Anugerah ini adalah suatu pemangkin semangat kepada komposer seperti saya untuk terus berkarya," katanya.

Anugerah MACP merupakan penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara.

Hasil royalti yang dikutip oleh MACP adalah daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, penyanyi Yuna menerima anugerah Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak menerusi lagu Rescue.

Manakala lagu Gadis Jolobu pula terpilih memenangi kategori Persembahan Lagu Melayu Terbanyak nyanyian Waris dan Datuk Hattan.

Syarikat Luncai Emas Sdn Bhd masih mengekalkan kemenangan menerusi anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

Sementara itu, Habsah Hassan berkata penganjuran MACP kali 26 membuktikan industri muzik Malaysia berpotensi untuk berkembang disebalik perubahan teknologi terutama internet.

Justeru itu, Habsah meminta anggota-anggota MACP supaya terus menghasilkan karya terbaik, beliau berharap mereka dapat membuktikan anak Malaysia dapat menghasilkan karya-karya bertaraf dunia yang mengharumkan negara.

"MACP juga akan berusaha memastikan anggota kami diberikan bayaran setimpal dengan usaha dan kreativiti mereka," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *