Recent Post

Sunday, November 29, 2015

Budak 18 Bulan Buta Sebelah Mata Akibat Dron


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

LONDON - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan buta sebelah mata setelah bilah kipas #dron membelah bebola matanya menyebabkan mata mangsa terbelah dua. Difahamkan, pemilik #dron, Simon Evans, yang juga rakan kepada ayah Oscar Webb, gagal mendaratkan alat permainan itu sehingga terlanggar pokok sebelum terkena pada mangsa. "Saya bermain #dron itu selama seminit, tetapi ketika mahu mendaratkannya alat itu terlanggar pokok dan mula berputar. Tiba-tiba saya terdengar kawan saya menjerit. Saya terkejut melihat begitu banyak darah dan anaknya terbaring menangis di atas rumput," kata Evans. Ibu Oscar, Amy Roberts berkata, dia tidak dapat melupakan apa yang dilihat di mana bahagian bawah mata anaknya terkopak dan ianya amat mengerikan.  Berikutan itu, Oscar perlu membuat pembedahan lanjut sebelum dapat menggunakan mata palsu. Menurut pakar perunding pembedahan okuloplastik dan orbital, Faye Mellington berkata, mata mangsa rosak teruk dan harapan untuk pulih adalah amat tipis. Keluarga mangsa telah memaafkan Evans dan faham kejadian yang berlaku itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, Evans serik dengan apa yang berlaku apatah hendak memandang #dron miliknya pun tidak ingin. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *