Recent Post

Sunday, November 29, 2015

"KAMI ADA BANTU KELUARGA ALLAHYARHAM HARUN SALIM BACHIK" - ZED ZAIDI


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

"Sebenarnya agak sukar untuk saya jelaskan dengan lebih lanjut mengenai masalah ini. Tapi apa yang boleh saya katakan, pihak persatuan sudah membantu apa yang termampu.

"Malah pada pandangan saya, ada antara bantuan yang kami hulurkan tidak perlu diuar-uarkan kepada semua. Apa yang penting kami ikhlas untuk membantu," demikian kata Zed Zaidi yang mengakui pihak persatuan sudah memberi bantuan kepada keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil diminta mengulas mengenai pertanyaan dari sesetengah pihak bertanyakan "Di mana Persatuan Seniman Malaysia (Seniman)?" selepas laporan yang menceritakan kesusahan balu Harun Salim Bachik yang hidup terhimpit dan terpak sa pulang ke kampung selepas tidak mampu menanggung sara hidup di ibu kota.

Sementelah lagi, arwah Harun merupakan mantan presiden persatuan tersebut pada 2010-2011.

Tambah Zed, bantuan yang dihulurkan juga tidak semestinya dari sudut kewangan dan mereka juga ada membantu dari sudut teknikal bagi meringankan beban keluarga arwah.

"Kami ada memberitahu boleh membantu membuat surat sokongan andainya mereka mahu membuat bantuan kewangan daripada pihak berwajib.

"Ada sesetengah perkara kami boleh bantu dan ada beberapa perkara kami memang tidak boleh membantu," jelasnya.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14 da n Siti Hazeera Sofea, 12.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak, namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.

Ditebak mengenai persatuan tersebut yang kini dilihat tidak lagi aktif seperti sebelum ini, Zed berkata, ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara itu terjadi.

"Kalau boleh saya tak mahu buka mulut mengenai persatuan, nanti orang kata saya dedahkan isu dalaman persatuan pula.

"Sebenarnya Seniman bukan lagi tidak aktif, malah kami masih cuba membantu ahli apa yang patut.

"Cuma dalam satu kapal, ada kapten dan anak kapal, tapi jika semua tak bekerjasama, agak susah sebuah kapal itu untuk berjalan lancar.

"Itulah yang boleh saya ibaratkan persatuan ini sekarang," katanya.

Sumber: SH

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *