Recent Post

Friday, November 27, 2015

'IKLAN CELAK D'HERBS SENGAJA JATUHKAN IMEJ WANITA BERPURDAH!' - NETIZEN


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR 'IKLAN CELAK D'HERBS SENGAJA JATUHKAN IMEJ WANITA BERPURDAH!' - NETIZEN Iklan D'Herbs bagi produk Celak Arab masih lagi ditayangkan di kaca TV, mencetuskan rasa kesal segelintir netizen yang menganggap iklan itu sengaja menjatuhkan maruah wanita berpurdah. Iklan terbitan pemilik syarikat D'Herbs, Datuk Aliff Syukri itu difahamkan mula disiarkan sejak September lalu didakwa tidak sensitif dan mencemarkan imej wanita berpurdah sekali gus menimbulkan persoalan netizen, mengapa?  "Saya tak salahkan Aliff sebab dia bukan kategori orang agama. Mungkin iklan dibuat begitu kerana pada pemerhatian dia, ada sesetengah wanita berpurdah sekarang yang galak celakkan mata atau sebab nak tutup wajah yang hodoh. Bagaimanapun ia agak aneh dan memalukan. Suatu masa dulu purdah dianggap sebagai pakaian keramat, pakaian waliullah, pakaian orang yang tinggi agama dan peribadi. Sekarang dijadikan bahan persenda," kata Fithrah Hanim.  "Benci pula aku tengok iklan D'Herbs celak yang pakai purdah itu sampai anak-anak buah aku yang baru nak membesar itu tnaya, 'semua perempuan yang tutup muka itu muka dia hodoh dan tak cantik ke? Dia malu sebab itu dia tutup muka kan?'. Ish.. ish.. iklan itu dah macam mengejek orang berpurdah pula sebab budak-budak pun terfikir begitu," kata Mieya. "Ingat lawak ke buat iklan macam tu? Konon mata nampak cantik tetapi hakikatnya jongang. Macam menghina wanita berpurdah. Teruk, sedih, hampa dan macam-macam rasa pun ada. Kalau awak nak Islamik sangat, banyak lagi cara yang boleh lariskan produk awak," kata Ibtisam Aisyah yang kesal dengan idea iklan yang tidak sewajarnya itu. Justeru, mereka meminta agar pengasas D'Herbs menarik balik iklan itu kerana tidak sesuai dan dilihat sengaja mempersendakan imej wanita berpurdah. - THEHYPEMEDIA.COM



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *