Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon terkenal Maria Farida, 45, selamat bernikah dan kini bergelar isteri buat kali kedua, selepas dijabkabulkan dengan usahawan yang dikenali sebagai Datuk Rahman, 62.
Desas-desus tentang majlis perkahwinan pelakon wanita tersebut tersebar sejak awal bulan lalu. Namun, Maria enggan mengulas tentang perkara berkenaan.
Majlis pernikahan bintang Datin Diaries yang diadakan di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) selepas Zuhur itu turut dihadiri keluarga dan teman artis. Maria mengenakan persalinan sedondon rona putih duduk di pelamin dan berkongsi saat indah itu di laman Instagram miliknya.
Antara rakan selebriti yang berkongsi berita dan gambar pernikahannya termasuk Puan Sri Tiara Jacquelina serta Fasha Sandha yang turut menyertakan #kisahcintamariarahman.
Terdahulu, ibu kepada seorang anak tunggal berusia 18 tahun itu dituduh cuba merampas suami kepada rakan baiknya sendiri, Karen Rahman, yang juga pengasas produk kecantikan KR Beauty Care.
Pelakon drama Datin Ghairah itu sudah menjanda lebih 10 tahun dan mempunyai anak lelaki Mizan Ashley yang kini berusia 18 tahun hasil perkahwinan pertama.
Komen via FacebookKomen
— 343 Bacaan
No comments:
Post a Comment