Recent Post

Monday, November 02, 2015

Kaki Budak Tersepit Di Eskalator Suria KLCC


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR Kaki Budak Tersepit Di Eskalator Suria KLCC Ibu bapa mangsa menenangkan anak mereka sementara menunggu bantuan Bomba tiba. - Foto Ihsan Pembaca KUALA LUMPUR: Kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tersepit pada eskalator di pusat membeli-belah Suria KLCC, malam Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat KLCC, Che Shaari Abdullah berkata, kanak-kanak berkenaan berada pada eskalator bersama ibu bapanya di aras dua pusat membeli-belah itu apabila kaki kirinya tersepit di bahagian eskalator pada kira-kira pukul 7.40 malam.

Sepasukan anggota bomba digerakkan untuk membantu kanak-kanak berkenaan, dan mereka terpaksa untuk menggunakan peralatan bagi mengungkil tapak besi bagi mengeluarkan kaki mangsa.

Menurut Che Shaari, anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki budak lelaki berkenaan kurang dari 10 minit.

"Dia (mangsa) memakai kasut. Tetapi anda boleh tersepit di ruang seperti itu sekiranya kaki anda terlalu kecil dan sekiranya anda tidak berhati-hati. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital kerana kakinya cedera.

"Saya menasihatkan ibu bapa yang membawa anak kecil supaya berwaspada dengan anak-anak mereka apabila berada di tempat awam bagi mengelakkan kemalangan seperti ini," kata Che Shaari.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *