Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Setakat ini tidak ada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia Airlines yang terhempas di Sinai pada hari Sabtu, kata Wisma Putra dalam kenyataan semalam.
Kedutaan Malaysia di Kaherah sedang memantau keadaan, katanya dalam kenyataan itu.
Ia juga turut mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan Rusia dan rakyatnya, terutamanya anggota keluarga mangsa nahas itu.
Malaysia juga turut sedih apabila mengetahui Penerbangan KGL9268 yang terhempas di Sinai telah menyebabkan 224 orang yang berada dalam pesawat itu terbunuh.
Pesawat Airbus A-321 yang membawa 217 penumpang dan tujuh anak kapal hilang dari radar selepas 23 minit berlepas pada pukul 5.51 pagi dari Sharm el-Sheikh ke St Petersburg, Rusia.
Wisma Putra memberitahu sebarang pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di talian 00 202 3761 0013 atau pegawai bertugas Kementerian Luar di 03-8887 4570 / 03-8887 4770.
- Bernama
No comments:
Post a Comment