Recent Post

Saturday, November 14, 2015

Punca Sebenar Jurujual Plaza Low Yat Ditumbuk


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual Plaza Low Yat secara tiba-tiba ditumbuk oleh seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai kurang siuman pada malam kelmarin. Difahamkan, punca sebenar kejadian itu adalah suspek berang selepas motosikal yang ditunggangnya dihimpit oleh sebuah kereta Honda Civic yang dipadu oleh seorang lelaki yang juga jurujual kedai telefon bimbit berhampiran Taman Maluri, pada jam 9.30 pagi Khamis, lapor Harian Metro. Suspek kemudian mengekori kereta itu sehingga ke tempat letak kereta Plaza Low Yat sebelum memukul belakang mangsa dan but kereta dengan topi keledarnya. Mangsa yang ketakutan kemudian terus melarikan diri.  Bagaimanapun, suspek berlegar-legar dalam kompleks itu sebelum dilihat keluar semula selepas ditegur oleh pengawal keselamatan kerana merokok di dalam bangunan tersebut. Suspek muncul semula pada jam 7.20 malam kelmarin di bangunan berkenaan untuk bertanyakan alamat rumah serta jadual kerja mangsa. Malangnya, permintaan suspek tidak diendahkan menyebabkan suspek bertindak menumbuk rakan sekerja mangsa. Tindakan suspek menyebabkan pengawal keselamatan Plaza Low Yat terpaksa menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis. Insiden itu juga dirakam dengan tablet milik seorang lelaki, tetapi dicampak oleh suspek yang menyedari tindakannya dirakam. Siasatan polis mendapati, suspek mempunyai masalah psikiatri berdasarkan kad rawatan dari Hospital Kuala Lumpur yang dibawanya bersama. Suspek ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *