Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pasangan selebriti Adam AF, 32 dan Fiza, 34, masih belum dikurniakan cahaya mata setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga. Namun, mereka tidak pernah berputus asa untuk mencuba dan terus bersabar. Pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk menjalani ujian kesihatan.
"Mungkin belum ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata. Kami juga pernah berjumpa doktor untuk menjalani ujian dan doktor mengesahkan kami sihat serta tidak mempunyai masalah mendapatkan anak," ujar Adam dipetik sebagai berkata.
Untuk makluman, pada pertengahan tahun lalu, Fiza telah mengalamai keguguran ketika kandungan memasuki minggu kelapan namun tiada perkara yang serius terjadi kepada isterinya itu.
"Walaupun ia bukan rezeki kami, tetapi saya bersyukur kerana tiada apa yang serius berlaku kepadanya," jelasnya.
Tambah Adam, dia mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian dan mahu membawakan lagu berunsurkan kerohanian dan ketuhanan.
Semoga satu hari nanti hasrat pasangan ini untuk menimang cahaya mata akan dimakbulkan.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment