Recent Post

Saturday, November 28, 2015

Ruang Sempit? Ini 12 Trik Untuk Jadikan Bilik atau Rumah Anda Lebih 'Luas'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dikala harga rumah menjadi semakin mahal, rumah-rumah kecil menjadi pilihan sesetengah rakyat Malaysia untuk dijadikan tempat berteduh.

Walaupun terikat dengan saiznya yang kecil, tidak semestinya rumah tersebut akan terus menjadi kecil sekiranya ia disusun & dimekap dengan baik.

Disini kami kongsikan beberapa trik untuk menjadikan rumah/bilik anda nampak lebih luas dan sejuk mata memandang.

1 - Cahaya!Cahaya!Cahaya!

Perkara yang paling penting bagi menampakkan satu-satu ruang itu lebih luas adalah dengan memastikan cahaya masuk ke dalam ruang tersebut. 2 - Gunakan cat berwarna terang pada lantai dan dinding Secara psikologinya, warna terang boleh membuatkan fikiran kita menjadi lapang dan 'luas'. Penggunaan warna gelap akan menjadikan rumah/bilik anda menjadi kecil kerana warna-warna gelap sifatnya menyerap cahaya.

3 - Jarakkan perabut dari dinding supaya kawasan kelihatan lebih 'spacius'

Merapatkan perabut ke arah dinding akan membuatkan keseluruhan ruang seolah-olah sesak. Dengan menjarakkan perabut beberapa inci dari dinding, bilik/rumah anda akan kelihatan lebih terbuka dan besar.

4 - Gantung rak berhampiran siling 

Dengan cara ini, mata anda atau tetamu secara automatik akan tertumpu ke bahagian atas sekaligus membuatkan ruang tersebut kelihatan lebih besar.

5 - Gunakan satu perabut yang boleh memenuhkan ruang

Di dalam bilik yang kecil, gunakan satu perabut yang besar; sebagai contoh, satu sofa yang besar; supaya bilik tersebut tidak kelihatan seperti padat seperti sardin dalam tin.

6 - Gunakan karpet berbelang 

Sama seperti konsep baju berbelang, penggunaan karpet / tikar berbelang akan membuatkan ruang di dalam bilik akan menjadi lebih panjang dari biasa.

7 - Letakkan dinding/tirai lut sinar di bilik air

Teknik ini biasa kita lihat di hotel-hotel atau rumah-rumah studio yang moden. Penggunaan dinding/tirai lutsinar akan membuat ruang kelihatan lebih besar walaupun sebenarnya terdapat 'partition' di dalam bilik air.

8 - Jangan tutup tingkap dengan langsir supaya dinding kelihatan lebih luas

9 - Gunakan cermin untuk membuat 'ruang ilusi' Penggunaan cermin boleh menambahkan ruang 'ekstra' di dalam bilik/rumah anda. Kebiasannya, cermin akan diletakkan di dinding berhampiran meja makan supaya ruang 'ekstra' itu kelihatan seolah-olah wujud.

10 - Gunakan perabut berkaki

Sekiranya anda mempunyai pilihan untuk memilih antara perabut berkaki/tidak berkaki, pilihlah perabut berkaki kerana ia membuatkan ruang yang sempit kelihatan lebih luas.

11 -  Cat/tampal walpaper di siling supaya nampak lebih tinggi

12 - Manfaatkan perabut yang mempunyai ruang simpanan 'tersorok'

Maksimunkan penggunaan perabut yang mempunyai ruang simpanan tersorok. Barang-barang yang kecil boleh disimpan di dalam ruang itu supaya bilik anda kelihatan lebih kemas dan tersusun, sekaligus membuatkan bilik anda menjadi lebih besar. - Siakapkeli.my



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *