Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Banyak info pasal travel terangkan apa korang kena buat kan? Kali ni aku nak share perkara korang JANGAN BUAT pulak.
1. Jangan makan atau minum di kawasan tumpuan pelancong.by logik harga yang diletakkan memang mahal. Lagi satu kuantiti makanan pun sedikit. Sebab bila owner cafe or restoran tau yang pelancong ni takkan datang balik, jadi depa tak perlu risau dengan tahap konsistensi penyediaan makanan. Logik kan?
2. Jangan tukar duit di airport.Airport adalah lapangan terbang. Logik akal mengatakan kapal terbang banyak digunakan oleh pelancong perniagaan atau mereka yang ada banyak duit. Selain itu, kos sewa premis di lapangan terbang juga lebih mahal. Jadi untuk menampung kos, depa akan kenakan caj tambahan setiap kali kita nak tukar duit.Kalau terdesak, just tukar dalam kuantiti sedikit sebelum tukar di bandar.
3. Jangan abaikan travel insurans.Travel insurans personal dengan airlines insurans tak sama. Sebaiknya beli Travel insurans khas. Ia boleh cover semua kejadian yang tidak diingini sewaktu berada di luar negara. Kecederaan, kehilangan harta dan flight delay semua dah cover.Travellah dengan hati yang tenang. Baru kita dapat sesuatu dari hasil travelling kita nanti.
4. Jangan abaikan penginapan di hostel.Apabila disebut hostel, kerap kali kita terbayang suasana asrama sekolah yang tidak terurus dan toilet yang kotor. Di Eropah, penginapan di hostel telah menjadi trend di kalangan traveller. Selain harganya yang murah, banyak kemudahan seperti memasak dan melepak disediakan. Kita juga berpeluang mendapat ramai kawan baru. Mana tau tulang rusuk korang ada kat situ kan? Rambut blonde dan mata biru lagi.
5. Jangan naik teksi.Sebaiknya elakkan teksi kecuali korang dalam kumpulan yang ramai atau dah lewat malam.Tak kira teksi tu guna meter atau tidak, yang pasti ia akan memakan bajet yang besar dalam kos travel anda. Sedaya upaya cuba cari public transport yang lain dulu.
7. Jangan tukar atau ganti masa korang dengan wang ringgit.Adakala kita sangat teringin untuk berjimat sewaktu travel. Untuk jimat sekitar rm100, korang sanggup ambik flight yang ada 2 kali transit. Adakah berbaloi rm100 dengan korang terpaksa letih dan macam2 ragam kat airport lagi. Ya, ia berbaloi kalau korang jalan kaki 10 minit berbanding bayar bas RM5 tapi untuk perjalanan jauh ia akan merugikan masa dan tenaga. Kita tak perlu terlalu berkira seteruk itu. Selalu buat penilaian wajar antara masa dan wang.
8. Jangan tempah terlalu awal.Ok.. aku faham. Korang excited gila nak travel dan tak nak kelam kabut keja last minute. Tapi kadang2 persediaan terlalu awal boleh sebabkan korang bayar lebih mahal. Sabar dan tunggu promotion dari airlines dan hotel. Untuk flight, biasanya airlines akan buat promo 2 bulan sekali dan waktu terbaik sekitar 4 hingga 10 minggu sebelum fly. Airlines akan letakkan harga base on permintaan.
9. Jangan masuk mesin imbasan badan selagi beg korang tak masuk dulu.Ada kemungkinan orang di belakang kita ada bawak barang terlarang. Dia akan try and error letak barang di tray kita. Kalau tak sangkut di mesin, dia akan ambik balik. Kalau sangkut kita jenuh nak menjawab. Sentiasa beringat sikit kita kat negara orang. Macam-macam boleh jadi.
10. Jangan kedekut duit RM10.60 per bag untuk wrap bag korang kat KLIA. Ada kemungkinan beg pecah atau barang korang kena rembat agak masa loading bag masuk kargo. Paling sadis kalau ada orang masukkan barang terlarang. Kita nak travel kalau boleh tak nak benda benda tak seronok berlaku. Just ambik langkah pencegahan je. RM10.60 sahaja.
11. Jangan abaikan tourist info.Tempat yang paling selamat untuk korang bertanya arah dan tempat menarik adalah di sini. Mereka dibayar gaji untuk bagitau korang perkara terbaik apa yang sedang berlaku dan apa yang patut anda buat dan lawat. Secara amnya, mereka tau keseluruhan tentang bandar tersebut dan info biasanya tepat dan pasti korang takkan kena scam punya. Try ni ya.. korang takkan sesat.
P/s: Nota ini dikarang di ketinggian 39000 kaki atas flight Airbus A330-400 seat nombot 43K dari CTS ke KUL.
Sebahagian info ni diambil dari sumber asal Nomadic Matt.com dan diolah semula dalam bahasa yang mudah difahami.
Jika bermanfaat, sila kongsi kepada kawan2 korang. Enjoy travelling !!
Komen via FacebookKomen
No comments:
Post a Comment