Recent Post

Tuesday, December 22, 2015

Ikhlas Dakwa 2 Kilang Untuk Monopoli Perisa Vape Akan Dibina, Salah Satunya Milik Orang Politik


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa dua kilang pembuatan perisa vape di dua lokasi akan dibina tidak lama lagi yang dipercayai milik individu berkepentingan di dalam kerajaan.

Menurut Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah, Ikhlas percaya bahawa pembukaan kilang itu bertujuan untuk memonopoli industri yang kini membawa pulangan sebanyak RM2.8 billion setahun kepada pengusaha yang sedia ada.

"Kilang berkenaan akan dibina di Johor dan juga Shah Alam, kita (Ikhlas) percaya ia akan beroperasi sebaik sahaja Kementerian Kesihatan mewujudkan satu akta baharu mengenai penjualan perisa vape.

"Menurut sumber, kilang di Shah Alam dimiliki oleh seorang ketua bahagian parti politik ma­nakala di Johor pula merupakan jalinan kerjasama antara pelabur luar dengan rakyat tempatan," ka­tanya menerusi satu sidang akhbar semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan perbincangan dengan pengusaha vape di sekitar Lembah Klang bagi membincangkan perkara tersbeut.

Antara keputusan yang diambil adalah merancang untuk mengumpul kira-kira 10,000 pengusaha vape bagi menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa.

"Kami merancang untuk ber­kumpul tetapi belum lagi memutuskan di mana, sama ada di Parlimen, Bukit Aman ataupun Pejabat Perdana Menteri. Ia bergantung kepada keputusan yang bakal di­buat.

"Selain itu, Ikhlas juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat orang politik yang terlibat di dalam kes ini," katanya.

Mohd Ridzuan turut berkata pengusaha vape sedia ada yang terdiri dari 98% belia bumiputera memerlukan pembelaan dari pihak kerajaan.

"Ini soal periuk nasi pengusaha belia, saya menggesa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memainkan peranan membantu perniagaan mereka yang kini sudah terjejas hampir 80 peratus," katanya.

Dalam pada itu, Ridzuan turut menggesa agar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam segera mengeluarkan kenyataan berikutan perkara tersebut. - Siakapekeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *