Recent Post

Tuesday, December 22, 2015

Belum Ada Rezeki Lagi Untuk Menimang Cahaya Mata – Izzue Islam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sudah dua tahun pasangan Izzue Islam serta Awin Nurin mendirikan rumah tangga dan persoalan untuk mereka menimang cahaya mata sering ditanyakan kepada mereka.

Tidak marah apabila didesak dengan soalan sebegitu, Izzue menerusi portal Astro Gempak menganggap beliau dan isteri masih belum ada rezeki untuk mendapatkan anak dan menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan Tuhan.

Belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Mungkin pada masa yang akan datang, Insya-Allah.

Dalam perkembangan lain, Izzue dan Nurin baru-baru ini telah berkesempatan untuk bercuti ke Itali bersama peminat  beliau. Buat Izzue, aktiviti berkenaan dapat mendekatkan diri serta menjalin hubungan yang lebih baik dengan individu-individu yang selalu menyokong kerjayanya.

Percutian di Itali sangat menggembirakan. Cuacanya sejuk sekali dan saya begitu seronok melawat tempat bersejarah bersama peminat. Apa yang penting, percutian ini dapat merapatkan ukhwah antara saya dan peminat.

Soal anak ini memang tidak dapat dijangka, apa yang penting teruskan bersabar dan jangan pernah putus asa untuk berusaha serta berdoa agar permintaan itu dikabulkan. Relaks la, baru dua tahun sahaja perkahwinan Izzue dan Awin.

Sumber Berita: Astro Gempak

Related Related Category : Malay 1 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *