Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Demikian kenyataan bertulis KDN kepada soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang ingin mengetahui apakah rasional di sebalik cadangan kerajaan untuk membenarkan 1.5 juta pekerja Bangladesh bekerja di negara ini dan soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang mahu tahu sekiranya rancangan ini akan mengakibatkan masalah sosial.
Kerajaan juga sentiasa menyedari bahawa isu ini adalah merupakan isu yang sangat mencabar. Oleh itu, kementerian berkata beberapa langkah diambil bagi meminimumkan masalah yang timbul, antara lain, mengehadkan kepada lima sektor di atas, mengambil buruh asing berdasarkan keperluan sebenar industri, serta mengenakan saringan kesihatan bagi tiga tahun pertama. Selain itu, golongan itu hanya dibenarkan memasuki Malaysia melalui Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk direkodkan ke dalam Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) melalui pengambilan biometrik. Kerajaan juga akan memastikan kesemua pekerja asing diberi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang perlu diperbaharui setiap tahun supaya keberadaan mereka dapat dipastikan selalu. Turut diberi perhatian oleh kementerian itu adalah tindakan penguatkuasaan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang masih berada dalam negara. "Tindakan tegas juga akan dikenakan ke atas majikan yang didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 seperti menggaji dan melindungi Pati," katanya. Bagi memastikan proses penambahbaikan pengurusan buruh asing berterusan, KDN akan melaksanakan konsep 'liabiliti ketat' bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja asing yang digajikan bermula dari peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing itu dihantar pulang. KDN juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan semua agensi kawal selia serta agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan pekerja asing sentiasa terkawal dan tidak memberi implikasi terhadap keselamatan dan ketenteraman negara. - BERNAMA / THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment