Recent Post

Thursday, December 03, 2015

Ahli Kumpulan Shinhwa Bakal Kahwin?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ahli Kumpulan Shinhwa Bakal Kahwin?

Siapa peminat Korea, sudah tentu mereka kenal Jun Jin ahli kumpulan Shinhwa dan mereka sudah kembali dengan album terbarunya baru- baru ini. Antara lagu yang paling mendapat sambutan pada tahun ini adalah bertajuk 'Sniper'. Hampir 2 juta orang menonton video klip rasmi mereka di Youtube.

Kumpulan Shinhwa adalah kumpulan yang paling lama di industri Korea dan sekarang kembali mengegarkan industri Korea dengan lagu- lagu yang baru. Jun Jin adalah salah seorang ahli kumpulan Shinhwa yang mengeluarkan album solo pada tahun ini.

Tambahnya lagi, beliau berhasrat menjadi tiga orang yang terawal dari kumpulannya untuk berkahwin.

"Saya mahu menjadi antara tiga terawal dari kalangan anggota Shinhwa yang akan berkahwin kerana yang tiga terawal ini pasti akan mendapat perhatin lebih dari media."

"Saya tahu betapa pentingnya untuk hidup berkeluarga. Saya sangat kagum dan rasa rendah diri apabila melihat orang lain yang hidup bahagia bersama keluarga."

Jun Jin Shinhwa

Jun Jin pernah mengeluarkan album solo yang bertajuk "Love Doesn't Come".

Mengenai kerjaya solonya, selepas tujuh tahun Shinhwa aktif semula dalam industri ini, beliau yang pernah mengeluarkan  album solo bertajuk Love Doesn't Come yang dikeluarkan pada tahun 2006 sedang berusaha untuk mengeluarkan album solo yang terbaru.

"Saya telah memikirkan hal ini (album solo) sejak lama dahulu. Tetapi Shinhwa terus menghasilkan album baru dan tidak ada masa yang sesuai untuk saya tampil dengan album solo.

"Saya rasa bukan sahaja mahu tunjukkan kepada peminat malah ia juga untuk mereka yang tidak pernah meminati saya sebelum ini. Saya sentiasa mahu berikan segala-galanya dalam kerjaya."

Selain Jun Jin, Shinhwa juga dianggotai oleh Eric Mun, Lee Min Woo, Kim Dong Wan, Shin Hye Sung dan Andy Lee. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan antara paling lama bertahan dan terus menghasilkan album dalam arena muzik K-pop.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • "Saya Rasa Sangat Sedih, Rasa Macam Nak Nangis!" – Ayda Jebat
  • Komen Datuk K Susulan Kandungan Siti Nurhaliza Alami Keguguran
  • PANAS! Siti Nurhaliza Tampil Buat Pengakuan Mengejutkan Mengenai Isu Hamil
  • Charlie Sheen Mengaku Menghidap HIV Positif Secara Terbuka
  • Para peminat sentiasa berharap kumpulan Shimhwa kembali aktif seperti dahulu dengan mengeluarkan banyak lagi album- album yang baru pada tahun depan. Kami berharap kerjaya Jun Jin makin berkembang dan beliau akan semakin dikenali ramai.

    1,348 total views, 1,348 views today




    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *