Recent Post

Thursday, December 03, 2015

Siti Nurhaliza Maafkan Mak Cik Tuduh Beliau Keguguran Kerana Menyanyi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Apabila berita tentang Datuk Siti Nurhaliza yang keguguran selepas dua bulan hamil, media sosial dibanjiri dengan ucapan agar penyanyi itu bertabah dan ramai mendoakan kesejahteraan beliau.

Namun, masih ada pihak yang mempunyai kritikan beliau terhadap Siti Nurhaliza. Walaubagaimanapun, salah satu komen daripada pengguna Twitter yang menuduh menyanyi adalah punca penyanyi kesayangan ramai itu keguguran mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Ada yang beranggapan ia adalah satu kenyataan yang agak kurang ajar dan tidak percaya pada ketentuan Allah SWT.

Setelah ia menjadi viral, individu yang menggunakan nama ForHarmony di Twitternya telah tampil memohon maaf kepada Siti Nurhaliza berhubung kenyataan beliau sebelum ini.

Enggan terus memanjangkan perkara berkenaan, permohonan maaf mak cik tersebut disambut baik oleh Siti Nurhaliza. Buat beliau, setiap manusia itu akan melakukan kesilapan dalam hidupnya dan kita harus saling memahami untuk melihat setiap kekurangan yang ada pada diri kita.

Erm, meskipun dilanda dengan ujian yang agak besar Siti Nurhaliza tetap mampu untuk tersenyum menghadapi segala kontroversi. Iyalah, kalau berdendam pun apa faedah yang kita dapat bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

Related Related Category : Malay 1 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *