Recent Post

Tuesday, December 29, 2015

Desak tukar nama plaza tol, ahli MDHS tak kisah dikritik


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tidak kisah dikritik orang ramai kerana mendesak penukaran nama Plaza Tol Tanjung Malim kepada Plaza Tol Hulu Bernam dan bukan menghapuskan tol berkenaan.

B Raj Kumar berkata beliau mempunyai tujuan tersendiri untuk mendesak penukaran nama tersebut.

Beliau percaya, jika desakan penukaran nama tol itu berjaya, ia bukan sahaja dapat mempromosikan Hulu Bernam tetapi juga mampu menarik pelabur luar ke kawasan sempadan Perak-Selangor itu dan sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada anak muda di situ.

"Kalau sekarang ini saya bersuara turun atau hapuskan tol, belum tentu kadar tol akan diturunkan. Kita fikir logik. Tapi jika saya minta LLM tukar nama tol ini ikut lokasi, berkemungkinan besar tempat ini (Hulu Bernam) boleh dimajukan.

"Tidak mustahil tempat ini akan maju dalam masa beberapa tahun dan anak-anak muda di kawasan Hulu Bernam tidak lagi perlu cari kerja di Kuala Lumpur kerana terdapat banyak peluang pekerjaan di sini.

"Itu niat sebenar saya. Saya tak kisah dikritik," katanya kepada Malaysiakini.

Harian Metro kelmarin melaporkan penduduk dan ahli NGO yang dianggarkan seramai 50 orang mengadakan demonstrasi aman di Plaza Tol Tanjung Malim bagi menuntut penukaran nama plaza tol tersebut.

Demonstrasi tersebut diadakan kerana penduduk berpandangan bahawa kawasan itu masih berada dalam negeri Selangor.

Mengulas lanjut Raj Kumar berkata, rakyat sudah penat untuk mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan menurunkan kadar tol, apatah lagi mahu menghapuskannya.

Justeru, Raj Kumar mengambil pendirian untuk tidak lagi berbuat demikian kerana menurutnya, kerajaan akan tetap menaikkan kadar tol yang berkuatkuasa 1 Januari ini.

"Jika saya buat demo untuk hapuskan tol, ia akan mengambil masa yang lama, lagi pun 1 Januari ini kerajaan sekali lagi akan menaikkan kadar tol. Jadi, tak ada gunanya.

"Kita tak boleh halang (kenaikan kadar tol). Kalau kita buat demo turunkan kadar tol, sudah tentu ia tidak akan berlaku, begitu juga dengan demo hapuskan tol.

"Banyak demo mengenainya dah dibuat tapi kali ini saya minta tukar nama tol ini kerana ia bukan saja beri peluang kepada penduduk tetapi beri imej kepada Selangor," tambah Raj Kumar.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *