Recent Post

Tuesday, December 29, 2015

Kumpulan Warisan Seni Negeri Sembilan Dinobat Juara Dendang Rakyat 2015


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Budiey nak ucapkan tahniah kepada Kumpulan Warisan Seni Negeri Sembilan kerana telah dinobat Juara Dendang Rakyat 2015.

Kumpulan Warisan Seni Negeri Sembilan menang berganda apabila dinobat Juara Dendang Rakyat dan muncul Persembahan Terbaik pada malam kemuncak Dendang Rakyat 2015 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur pada 26 Disember lalu. Ia sekaligus membawa pulang wang RM25,000.00.

Tempat kedua milik kumpulan Artisukma yang menerima RM15,000.00 dan ketiga dimenangi oleh Harmonik Perdana membawa pulang RM10,000.00.

Ternyata persembahan mantap dan penuh bertenaga Kumpulan Warisan Seni Negeri Sembilan yang mempertaruhkan lagu Rindu dan Tiyang berjaya memikat hati juri Pak Ngah, Firdaus dan Yazid.

Kumpulan Artisukma menyampaikan lagu Entahkan Jadi Entahkan Tidak dan Iboq nyata begitu menyerlah dengan vokal dan persembahan muzik yang mantap. Begitu juga kumpulan Harmonik Perdana yang menyanyikan lagu Andalusia dan Puteri Gunung Ledang dengan cara penyampaian mereka yang tersendiri.

Program diterbitkan Hiburan TV RTM ini nyata berjaya dalam usahanya untuk mengangkat bakat-bakat baru dalam membawa lagu-lagu rakyat dan alat muzik tradisional selain memperjuangkan seni budaya tanah air.

Turut bertanding kumpulan Sutera Irama Pentarama, Sri Gemersik dan Chromaticsm Politeknik Kuching Sarawak.Menampilkan pengacara Faris Izzat dan Diyya Nawai, pertandingan akhir ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis undangan Noraniza Idris, Ihab Juzzthin, Eyza Bahra, Kumpulan Swatari, Haiza, Nassier Wahab, Aisha Safia, Sabiha & Rahman Juara Pujaan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Adilah Shek Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik).

Untitled

Komen via Facebook

Komen

— 62 Bacaan



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *