Recent Post

Monday, December 28, 2015

Ibu temui mayat anak hampir reput dalam rumah


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang ibu terkejut apabila menemui mayat anaknya yang hampir reput di rumahnya di Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata wanita tersebut Saedah Sidek, 66, tiada di rumah kerana berada di Kuala Lumpur sejak 18 Disember lepas untuk menghantar adik beradiknya menunaikan umrah.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas mayat Mohd Ridzwan Tambi Chik, 37, mendapati terdapat tompokan darah di kepalanya sementara dompet serta kad pengenalannya juga hilang.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya kepada Bernama.

Muhamad Ismail berkata mangsa dilapor bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Johor Baharu dan pulang ke rumah ibunya untuk bercuti.

Maut langgar lembu

Sementara itu seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan di KM4, dekat hadapan Pam Air Jalan Utama Felda Semenchu, dekat Kota Tinggi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian pada 10.30 malam itu, Mohd Taufik Daud, 28, dalam perjalanan ke kilang sawit, dipercayai melanggar haiwan tersebut menyebabkan mangsa terbabas.

Beliau berkata mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari Blok Felda Semenchu itu, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala," katanya dalam kenyataan semalam.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *