Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menurut satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Binghamton yang diketuai oleh Professor Celia Klin, penggunaan noktah pada hujung perkataan di dalam mesej teks(texting) akan membuatkan si penghantar itu kelihatan tidak jujur.
Sebagai contoh, jika anda dan pasangan anda bergaduh, anda akan dilabel tidak jujur dengan jawapan yang anda berikan jika menggunakan noktah.
Pasangan : Nanti jangan buat lagi tau.Anda : Ok.
Pakar psikologi dari universiti tersebut menjalankan kajian itu ke atas 126 orang pelajar, yang dikehendaki membaca & membalas beberapa mesej di atas skrin(texting) atau bertulis.Di dalam kajian pertukaran mesej itu, penghantar mesej diperlukan untuk memberi satu soalan jemputan kepada penerima; sebagai contoh : "Saya ada satu tiket wayang lebih. Nak ikut?'.
Penerima mesej berkenaan pula diperlukan membalas mesej-mesej berkenaan dengan menggunakan hanya satu patah perkataan seperti contoh "Okay", "Baik", "Yeah" atau "Yup".
Separuh dari pelajar-pelajar itu membalas dengan menggunakan tanda noktah pada hujung ayat manakala separuh lagi sebaliknya.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, mesej teks(texting) yang berakhir dengan tanda noktah disifatkan kurang jujur berbanding dengan mesej teks yang tidak berakhir dengan tanda noktah.
Sebaliknya, pelajar-pelajar yang menggunakan kaedah bertulis melaporkan biarpun mesej itu berakhir ataupun tidak berakhir dengan n oktah, mereka masih merasa ianya jujur.
Hasil dari ujian ini mencadangkan penggunaan tanda baca di dalam mesej teks(bertaip) boleh menyampaikan mesej yang tidak tepat kepada penerima.
"Di dalam dunia texting dan IMing... cara untuk menghabiskan(satu-satu ayat) adalah dengan berhenti begitu sahaja, tanpa sebarang tanda baca.
"Dengan meletakkan satu noktah bermakna pembaca perlu memahami kenapa anda melakukannya. Apa yang mereka akan simpulkan(dengan penggunaan noktah) adalah seperti 'Ini adalah yang terakhir, ini adalah pengakhiran kepada perbualan ini atau ini sahaja yang terakhir yang mampu aku berikan'", kata Klin. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment