Recent Post

Monday, December 14, 2015

GV2 Kebangkitan Semula Bakat Nyanyian Siti Nordiana


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) Siti Nordiana akui pertandingan ini telah membangkitkan semula namanya di persada muzik tempatan.

Pelbagai cubaan dan rintangan telah diharungi akhirnya Nana berjaya membuktikan yang dirinya mampu menyanyi dengan baik dan memberi saingan yang sihat.

"Sepanjang bergelar penyanyi, saya tidak pernah diberi ruang untuk menyanyi di pentas-pentas yang besar seperti Anugerah Industri Muzik (AIM)dan lain-lain.

"GV2 platform yang tepat untuk diri saya menunjukkan bakat dan menyanyikan lagu yang bernada tinggi.

"Mungkin sebelum ini ramai peminat mengenali diri saya hanya mampu menyanyikan lagu-lagu 'Leman' seperti yang disebutkan Tok Ram.

"Alhamdulilah, kejayaan ini adalah kemenangan kepada semua peminat yang sangat luar biasa menyokong saya sepanjang berada di pentas GV ini," kata Nana kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Nana juga turut ditanya apa yang dia mahu lakukan dengan wang RM100 ribu itu selaku juara GV2.

Dengan senyuman sopan dia membalas, masih belum terfikir lagi untuk membelanjakannya dan dia akan memastikan tidak berlakunya pembaziran nanti.

"Buat masa sekarang masih tak merancang apa-apa, dah dapat nanti barulah saya uruskan sebaik yang mungkin.

'Perancangan karier nyanyian di masa akan datang, saya akan kekalkan konsep seperti dahulu iaitu genre 'Leman' dan akan ditambah baik dengan genre muzik yang digemari oleh pendengar masa kini," katanya mengakhiri bicara.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 14 Dis 2015

 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *