Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menepati ramalan peminat selain menyajikan persembahan yang cukup bertenaga dan memberangsangkan, penyanyi Siti Nordiana berjaya merangkul tempat pertama pada pertandingan Gegar Vaganza 2015 yang diadakan di sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
Sebelum ini, melalui portal Astro Gempak, Siti Nordiana menyatakan hasratnya untuk menggunakan wang kemenangan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anaknya, Ryyan Nakhaei selain akan mengadakan majlis kesyukuran dan mengembangkan lagi peniagaannya kini.
Selain membawa pulang wang tunai berserta trofi, Nana juga turut berpeluang meramkam sebuah lagu baharu terbitan Astro berserta pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000.
Manakala di tempat kedua, disandang oleh penyanyi Farahdhiya yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, trofi berserta pakej percutian ke Beijing bernilai RM15,000.
Tempat ketiga pula, disandang oleh Ezad Lazim yang turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM 30000, trofi berserta pakej percutian ke Lombok bernilai RM 6000. Berikut merupakan senarai penuh pemenang:
Juara: Siti NordianaNaib Juara: FarahdhiyaKetiga: Ezad LazimKeempat: Nassier WahabKelima: Acong SweetchildKeenam: Haiza
Pentas final yang diadakan di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap program ini selain diserikan dengan hos penuh jenaka, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Incoming search terms:Mamat gamatkan Bro Nampak Motor Gua?
Pelakon Sharnaaz Ahmad umum bersara dari dunia lakonan
Azlan Kurang Menonjol Untuk Kekal Lama
Hanez Suraya Akur, Tak Jadi Nak Saman Liyana
Nur Fazura Bercium Dan Beraksi Mesra Di KLIA?
Komencomments
No comments:
Post a Comment