Recent Post

Saturday, December 12, 2015

Momo Latiff Selamat Dikebumikan Selepas Solat Jumaat


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seniwati lagenda, Allahyarhamah Momo Latiff atau nama sebenarnya Marfuah Makarim, selamat dikebumikan selepas solat Jumaat semalam.

Jenazah disolatkan di Masjid Ahmad Ibrahim sebelum dikebumikan di Pusara Abadi, Singapura.  

Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 92 tahun selepas koma akibat penyakit darah tinggi.

Beliau meninggalkan 10 orang anak (dua anaknya sudah meninggal dunia) serta puluhan cucu-cicit.

Dunia seni Melayu kehilangan seorang lagi permata selang selepas perginya seniwati Mariani.

Allahyarhamah  Momo Latiff, atau panggilan mesranya, Mak Momo, menghembuskan nafas terakhirnya di samping keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Sejak semalam, ramai yang telah datang mengunjungi rumah anaknya, Kamaliah Latiff, bagi memberikan penghormatan terakhir kepada seniwati Jalan Ampas itu.

Pelakon Veteran Singapura yang hadir pada upacara pengkebumian ialah Razzi M, Hashimah Yon, K. Fatimah, J.A. Halim, Fatimah M Amin, Norsiah Hamid dan ramai lagi.

 

 

 

 

Sumber Mediacorp SingapuraDiolah Mohd Isharulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 12 Dis 2015




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *