Recent Post

Saturday, December 12, 2015

Siapa Calon Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2016?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Anugerah MeleTOP Era yang diadakan bagi menghargai serta memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, dan digital kembali untuk penganjuran kali ketiga selepas melakarkan kejayaan dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan pencinta seni hiburan tanah air pada penganjurannya sebelum ini.

Seperti tahun sebelum ini, anugerah berprestij ini bakal memberi kuasa memilih sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi sendiri calon-calon kegemaran mereka untuk kategori-kategori yang dipertandingkan. Peminat akan menentukan sendiri siapa di antara artis tanah air yang paling MeleTOP dan layak dinobatkan sebagai pemenang.

Minggu depan akan berlangsung Majlis Sidang Media Anugerah MeleTOP Era 2016 dan pihak Astro akan mengumumkan siapakah calon Top 20 yang tersenarai untuk dipilih oleh peminat nanti. Budiey tak sabar pulak nak tahu.

Turut hadir memeriahkan majlis sidang media ini nanti ialah kumpulan yang diterbangkan khas dari Indonesia iaitu Gamma1 yang kini popular dengan lagu Hidup Segan Mati Tak Mau serta artis-artis jemputan dan barisan hos-hos utama yang bakal mengemudikan acara gilang gemilang ini nanti. Siapakah mereka? Sama-sama kita nantikan pengumuman ini kelak.

Komen via Facebook

Komen

— 373 Bacaan



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *