Recent Post

Tuesday, December 08, 2015

Saya mahu Umno terus berpadu - Najib


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu Umno sentiasa dalam kesepaduan dan enggan melihat parti itu bercelaru.

Presiden parti itu berkata perkara itu antara yang sentiasa mengganggu fikiran beliau, khususnya menjelang Perhimpunan Agung Umno 2015 (PAU 2015).

PAU 2015 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai hari ini hingga Sabtu ini.

"Saya mahu parti kita padu... saya tidak mahu kita celaru dan tidak sehaluan... saya mahu rapatkan antara ahli parti," katanya dalam temu bual bersama stesen televisyen TV3.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (M) Bhd., Media Prima Bhd., Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Perdana menteri berkata pada perhimpunan kali ini, perwakilan parti perlu memberi keyakinan kepada beliau dan kepimpinan parti kerana apa sahaja yang berlaku dalam perhimpunan itu akan menjadi perhatian banyak pihak.

"Suasana dalam perhimpunan akan dipandang, diteropong bukan sahaja oleh rakyat yang berada dalam dewan, tetapi juga mereka yang di luar negara.

"Imej parti perlu dijaga, mesti tunjukkan imej yang baik dan sebagai anggota parti yang berkuasa, kita mesti tunjukkan kita ini anggota yang penuh tanggungjawab dan boleh jaga kepentingan parti agar parti sentiasa disegani kawan dan lawan," katanya sebagai amanat kepada 2,762 perwakilan pada PAU 2015 itu.

\Katanya pada perhimpunan kali ini akan diadakan pameran tentang pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan Aku Janji Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang mana menurut Najib hampir semua manifesto telah dipenuhi.

Berdasar prestasi itu, Najib yakin BN mempunyai peluang cerah untuk memperolehi kejayaan dalam PRU akan datang meskipun terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa dua tahun lagi.

"Jika kita tengok alternatif yang kita ada sekarang (pembangkang) pun dalam keadaan kucar-kacir. Saya rasa mereka pun mempunyai masalah untuk menentukan pemimpin mereka.

"Walapun saya akui kedudukan kita turun sedikit kerana terdapat isu yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu tetapi kita masih ada masa untuk menentukan," katanya.

Ditanya mengenai konspirasi dan tindakan beberapa cawangan Umno untuk menjatuhkan beliau, Najib berkata: "Apa yang penting adalah saya mesti tunjukkan saya tidak lakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang dan moral."

Beliau juga yakin majoriti besar cawangan parti itu masih yakin dengan kepimpinan beliau dan kerajaan.

"Kita ada 20 ribu lebih cawangan Umno dan mungkin beberapa cawangan yang tidak puas hati dengan kepimpinan bahagian seperti mereka mungkin kalah dan mereka ini cuba dipengaruhi untuk membuat kenyataan, berkumpul dan tunjuk rasa tidak puas hati.

"Kalau kita hendak mengumpulkan orang yang sokong, kita boleh kumpulkan jauh lebih ramai lagi," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *