Recent Post

Tuesday, December 08, 2015

(Video) Pandai² Nak 'Upgrade' Tempat Duduk


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CHINA - Seorang penumpang dalam penerbangan dari Shanghai menuju ke New York, mencetuskan kekecohan setelah permintaannya untuk berpindah ke tempat duduk kelas pertama tidak dibenarkan oleh anak kapal.  Penumpang yang bernama Lu mencetuskan kekecohan dalam penerbangan UA087 semalam selepas dia didapati cuba menyelinap masuk ke kelas pertama selain dari menjerit kemarahan serta mencuri minum minuman keras.  Ekoran itu, pihak polis terpaksa mengeluarkan Lu dari pesawat itu. Namun, Lu berbaring di tengah-tengah lorong dan enggan berganjak meskipun diarahkan oleh pihak polis. Lapor The Paper, setelah beberapa percubaan yang dilakukan, akhirnya polis berjaya mengeluarkan Lu dari pesawat. Namun, tiga pegawai berkenaan cedera akibat ditendang oleh Lu menyebabkan dia terus ditahan serta merta.  Lapor NetEase, Lu adalah seorang profesor terkenal di sebuah universiti di negara itu. Namun tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh polis mengenai spekulasi tersebut yang tersebar di media sosial. Lu kini tersenarai dalam senarai pelancong China yang bermasalah dalam perjalanan udara. Hanya beberapa minggu yang lalu, seorang wanita dari negara yang sama juga ditahan setelah didapati mengambil jaket keselamatan dari pesawat Cathay Pacific kerana menyangka jaket itu sebarang cenderahati. Menurut seorang saksi, Lu bercadang mahu menaiktarafkan tempat duduknya di kelas ekonomi ke kelas pertama. Bagaimanapun dia telah ditangkap beberapa kali oleh anak kapal dan enggan memperkenalkan dirinya kepada anak kapal.  Lu juga dilihat berjalan di lorong tengah sambil meminum minuman keras yang dicurinya dari kelas pertama menyebabkan anak-anak kapal terpaksa mengusirnya keluar dari pesawat berkenaan. Tetapi Lu enggan berbuat demikian yang memaksa campur tangan dari pihak polis dan akhirnya diheret keluar.  Dalam usaha mengheretnya keluar, Lu telah bertindak agresif sehingga mendatangkan kecederaan pada beberapa pegawai polis. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *