Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Sejak dua tahun lepas, kita boleh lihat bahwa aktres Zarina Zainuddin sudah kembali aktif dalam dunia lakonan. Walaubagaimanapun, ada pihak yang menyebarkan khabar angin bahawa Zarina sebenarnya sudah bercerai dan sebab itu beliau mula berlakon kembali.
Agak jarang juga Zarina berkongsi foto beliau bersama suami tetapi kini Zarina lebih terbuka dalam hal itu kerana tidak mahu ada lagi pihak yang memfitnah dirinya.
Memang betul saya sangat jarang nak letak gambar saya dan suami sebab banyak hati yang perlu saya jaga terutamanya madu saya. Saya dah anggap Datin Seri seperti kakak sendiri, jadi saya tak mahulah jika tersakitkan hati beliau.
Memang benar, dah 22 tahun kahwin, tak pernah saya bawa Datuk Seri ke majlis-majlis hiburan sampaikan Datuk Seri tanya 'malu ke nak bawa saya?'. Tapi saya jawab bukan malu tapi saya sedar saya berkongsi, jadi saya kena hormat Datin Seri.
Tapi sekarang ini bila saya aktif berlakon, ada pula yang kata saya dah menjanda. Dan ada juga lelaki-lelaki yang tak tahu fasal kehidupan saya, nak cuba-cuba dengan saya seperti nak ajak keluar dan sebagainya. Sebab itulah sesekali saya akan letak gambar saya dan suami. Biar orang yang tak tahu akan tahu saya sudah bersuami, masih ada suami, masih isteri orang.
Walaubagaimanapun, Zarina tidak mahu terlalu menayang suaminya kerana ingin menjaga hati madunya. Buat beliau, cukuplah sekadar orang ramai tahu bahawa beliau sudah berkahwin dan bahagia dengan suami tercinta.
Saya memang jenis yang tak suka tayang suami. Cukuplah orang tahu saya dah kahwin. Kalau tayang sangat nanti lama-lama ada pula yang menyampah kan. Saya bukan sorok, siapa tahu maka tahulah, siapa nampak maka nampaklah. Yang penting, rumah tangga kami bahagia.
Tunjuk pun salah tidak tunjuk pun salah. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang tetapi bak kata Zarina kalau nak tayang kebahagiaan pun biar berpada-pada agar orang lain tidak menyampah.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment