Recent Post

Saturday, August 08, 2015

Shaheizy Sam nafi sibuk buat persiapan perkahwinan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PELAKON Shaheizy Sam menafikan dakwaan dia bakal mendirikan rumah tangga dan kini sedang melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Menurut Shaheizy Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam bin Abdul Samad, dia tidak menunding jari kepada mana-mana pihak yang menyebarkan berita tersebut memandangkan dia sendiri bekerja dalam dunia hiburan tanah air.

"Saya tidak salahkan siapa-siapa apabila berita tersebut tersebar memandangkan saya bekerja dalam dunia hiburan tanah air. Kalau betul nak berkahwin, semestinya saya akan kongsi dengan peminat dan pihak media.

"Selagi saya tidak hebahkan, maknanya belum ada lagi. Kalau dengar dari mana-mana pihak mungkin mereka yang nak lihat saya cepat berkahwin," ujar Shaheizy Sam kepada Astro Gempak sewaktu pelancaran filem Polis Evo di Hard Rock Café Kuala Lumpur.

Shaheizy Sam diminta mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan dia sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon cantik, Syatilla Melvin.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Syatilla Melvin, Shaheizy Sam akui masih berkawan seperti rakan-rakan artis wanita yang lain.

"Saya masih berkawan dengan dia. Dengan dia saya berkawan, dengan Fazura saya berkawan, Yana Samsudin termasuk bekas kekasih saya Puteri Najwa. Saya tiada masalah untuk berkawan dengan mereka.
"Tiada istilah saya sedang pilih mana satu saya untuk jadikan isteri. Syatilla memang rapat dengan saya dan tak boleh nak cakap ada hubungan istimewa dengannya sebab kalau benda tak jadi saya yang kena nanti. Saya tidak boleh cerita lebih-lebih," jelas Shaheizy Sam lagi.

Tambah Shaheizy Sam, dia turut menyerahkan soal jodoh kepada ibunya Khaty Fauziah kerana tidak mampu fokus dan terlalu sibuk bekerja.

"Kahwin sebenarnya bila-bila masa boleh. Tapi masalah masa dan sibuk bekerja buat saya susah untuk fokus untuk mendirikan rumah tangga. Terlalu banyak benda yang saya buat dalam satu masa.
"Apa yang saya boleh buat sekarang ini ialah fokus bekerja cari duit untuk mummy. Terus terang saya serahkan pada mummy kalau dia nak carikan jodoh. Tak kisah buatlah, saya ikut sahaja," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Shaheizy Sam bakal muncul dalam sebuah filem aksi terbitan Astro Shaw iaitu Polis Evo. Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu turut menampilan pelawak Zizan Razak dan Nora Danish sebagai watak utama.

Jelas Sam yang memegang watak sebagai Inspektor Khai, dia mengambil masa lima bulan untuk mendapatkan bentuk badan yang sasa bagi menjayakan karakternya dalam filem Polis Evo.
"Sebelum ini perancangan untuk bina badan hanya untuk karakter dalam filem Polis Evo sahaja, tetapi bila fikir balik lebih baik saya jadikan ianya sebagai rutin harian.

"Saya buat badan bukan kerana hanya suka-suka, tetapi ianya sebahagian daripada tuntungan kerja. Sama seperti pelakon-pelakon di Hollywood, mereka berubah bentuk fizikal untuk menjiwai watak yang diberikan," jelas Sam.

Filem Polis Evo yang memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Ia bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 17 September ini.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *