Recent Post

Saturday, August 08, 2015

DAP Ada Penyakit "Gatal Mulut" Serang Pas


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR – Sikap pemimpin DAP yang berterusan suka menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundang reaksi kurang senang daripada pemimpin tertinggi parti Islam itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menyelar Lim Guan Eng dan menyifatkan beliau sedang berhadapan dengan 'penyakit' politik yang serius.

Ia ekoran sikap Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP (belum disahkan jawatan oleh Pendaftar Pertubuhan) itu gemar terus-menerus melakukan provokasi ke atas kepimpinan Pas.

"Kenyataan pimpinan DAP khususnya Lim Guang Eng yang masih berterusan melakukan provokasi terhadap Presiden Pas menggambarkan akhlak rendah yang dimiliki oleh mereka sendiri.

"Bagi saya, sememangnya Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan penyakit politik yang serius iaitu penyakit 'gatal mulut'," katanya dalam satu kenyataan rasmi DUPP di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan itu dilaporkan berkata jika Abdul Hadi terus mempertahankan Najib Tun Razak, ia jelas menunjukkan Pas telah kehilangan kredibiliti dalam membanteras rasuah.
Guan Eng mendakwa Abdul Hadi kini dilihat amat pro-UMNO kerana banyak 'menyokong' Perdana Menteri dalam isu panas berkaitan dana diuruskan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah Mohd. Khairuddin dengan yakin mendakwa bahawa DAP bukanlah parti yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk mentadbir Putrajaya kelak kerana sikap pemimpin mereka sendiri.

"Ia mengesahkan lagi kebenaran tindakan Pas sebelum ini memutuskan langsung tahaluf siyasi atau hubungan kerjasama politik dengan DAP. DAP bukanlah pimpinan harapan rakyat Malaysia.

"Menggantungkan harapan negara dipimpin oleh parti seumpama DAP bakal meletakkan negara kita ke lembah kehancuran," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Beliau turut menyeru supaya rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pas untuk membina suasana politik baharu yang lebih matang dan stabil demi kesejahteraan negara pada akhirnya.

Justeru, Mohd. Khairuddin secara terbuka meminta orang ramai agar 'mengajar' DAP di Pulau Pinang yang sudah dua penggal memerintah negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.
"Sampai masa rakyat Malaysia daripada latar belakang pelbagai kaum bersama-sama dengan Pas bagi melakar iklim politik baharu yang lebih stabil, adil, berakhlak dan berkebajikan.

"Tinggalkan DAP. Jangan biarkan negara tergadai di tangan ahli politik cauvinis dan berkepentingan seperti DAP. PRU akan menyaksikan orang Islam Melayu khususnya dan pelbagai kaum bakal mengajar DAP yang sombong dan angkuh berpolitik terutama di Pulau Pinang. – Agensi/Mynewshub/HAA



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *