Recent Post

Saturday, January 23, 2016

Ikan Singgang Kg Baru Jadi Kegilaan Izzue Islam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam akui amat menyukai hidangan ikan singgang di salah sebuah gerai di Kampung Baru.

Malah, seandainya lokasi penggambarannya terletak berhampiran dengan Kampung Baru, dia akan cuba mencuri masa untuk menikmati ikan singgang yang jadi kegemarannya itu di gerai tersebut.

"Selain ikan singgang, yang 'special' di kedai itu adalah budu dan juga ikan rebus goreng. Rasanya  memang cukup nikmat dan sedap.

"Saya juga suka makan ayam goreng. Ada satu gerai tidak bernama yang jual ayam goreng yang sedap di Shah Alam.

"Gerai itu terletak berhampiran kilang gula, mungkin orang kata ayam goreng semuanya sama tapi dekat gerai itu rasa rempahnya agak berlainan," kata Izzue kepada portal Murai.com.my.

Dalam pada itu, Izzue juga gemar menikmati  tomyam di Klang yang dikenali dengan nama Dah Tomyam.

"Di gerai Dah Tomyam, saya suka makan tomyam ayam campur dengan daging. Manakala isteri saya Awin pula suka makan sup daging.

"Saya sering ke situ kerana gerai tersebut dekat dengan rumah kami, jadi lepas habis kerja atau 'shooting', kami akan pergilah ke kedai itu untuk makan," akhiri Izzue dengan penuh semangat.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 22 Jan 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *