Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
23/01/2016 12:01pm
Mayat peserta perarakan diangkat oleh penyelamat.
KUALA LUMPUR - Tiga penganut Hindu, yang menyertai rombongan berjalan kaki dari Senawang, Negeri Sembilan ke Batu Caves untuk sambutan Thaipusam, maut dirempuh sebuah kereta di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling, pagi ini.
Sementara tiga lagi cedera parah dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi ini, menurut jurucakap polis di sini hari ini.
Beliau berkata, pemandu kereta terbabit dilaporkan telah melarikan diri sejurus kemalangan.
Mayat ketiga-tiga mangsa kemalangan itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, sementara yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan, katanya.
Menurutnya, anggota keluarga ketiga-tiga mangsa telah dipanggil untuk proses pengecaman mayat di bilik mayat HKL.
Thaipusam disambut esok. - Bernama
No comments:
Post a Comment