Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina, kaum Cina di kebanyakan pelusuk dunia pasti akan menyediakan pelbagai hidangan yang dianggap mampu membawa tuah buat mereka.
Sama ada anda mempercayainya atau tidak kepercayaan ini, namun anda juga mampu untuk menyelitkan hidangan masakan Cina yang klasik atau yang mempunyai pengaruh tradisi Cina-Amerika (pastikan yang halal buat Muslim semestinya ) di dalam menu anda.
Namun, untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina ini, jom kita lihat senarai 14 makanan yang dikatakan mampu membawa tuah buat kaum Cina pada perayaan ini seperti mana yang dicatatkan Chowhound.com: -
1. Oren dan Tangerine Mempamerkan dan memakan buah-buahan ini dikatakan mampu membawa tuah dan kesenangan kepada seseorang. Menurut jurucakap Pusat Budaya Cina di San Francisco, tradisi itu bertitik tolak daripada cara masyarakat Cina menyebut emas dan oren dan ia dikatakan mempunyai persamaan tersebut, manakala tangerine dikatakan membawa tuah.
Lebih bagus lagi jika kedua-dua buah ini mempunyai daun kerana daun adalah simbol kepada usia yang panjang. Tetapi jangan hidangan buahan-buahan ini dalam kedudukan sebanyak empat biji kerana nombor tersebut sering dikaitkan dengan kematian.
2. Mee Panjang (Long Noodles) Jika mee dihidangkan pada Tahun Baru Cina, pastikan ia tidak terputus dan berada dalam keadaan yang panjang untuk memastikan seseorang hidup dalam tempoh yang lama.
3. Talam Kebersamaan (The Tray of Togethernes) Pastikan ia dihidangkan buat tetamu yang terdiri daripada kalangan sanak-saudara untuk mereka jadikan kudap-kudapan atau berikan ia sebagai hadiah. The Tray of Togetherness selalu diisi dengan lapan jenis kudap-kudapan yang antaranya terdiri daripada kumquats untuk kemakmuran, kelapa (kebersamaan), longan (mendapatkan ramai anak lelaki dan biji tembikai merah (kebahagiaan). Nombor lapan dianggap sebagai nombor bertuah di kalangan kaum Cina.
4. Nian GaoNian gao bermaksud kek tahunan. Namun, Gao mempunyai maksud yang sama dengan tinggi dan atas. Maka, kek ini adalah simbol kepada pencapaian di tahap teratas pada tahun akan datang. Kek yang dikukus ini diperbuat daripada tepung beras pulut, gula perang dan minyak.
Ada juga yang bahan seperti biji bijan putih, kurma cina atau kacang yang digunakan di dalam kek ini. Dikatakan kurma Cina boleh membawa kemakmuran di peringkat awal.
5.PomeloBuah citrus yang besar ini sangat popular di kalangan kaum Cina kerana ia dikatakan mampu membawa kemakmuran dan status. Tradisi ini sebenarnya timbul menerusi frasa Kantonis yang mana pomelo bunyinya sangat serupa dengan perkataan kemakmuran dan status.
6. JaiSayuran ini dimakan kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Buddha yang bertujuan untuk membersihkan dalaman diri. Ia selalunya dihidangkan bersama dengan sayuran lain yang turut sama membawa tuah. Misalnya, rumpai laut untuk kemakmuran, biji teratai (untuk kelahiran/mendapat ramai anak lelaki), mee (usia panjang), biji lily (untuk keharmonian 100 tahun), cendawan hitam Cina (menunaikan permintaan daripada Timur ke Barat).
7. Kacang Panjang dan Sayur Hijau Panjang (Long Leafy Greens and Long Beans)Sayuran leafy greens s eperti brokoli Cina dihidangkan kerana ia dipercayai dapat membantu memberikan usia yang panjang di kalangan ibu bapa.
8. Seekor ikan (Whole Fish)Dalam perkataan Cina untuk seekor ikan bermaksud banyak.Jadi, adalah penting untuk menghidangkan ikan dari kepala sehingga ke ekornya untuk memastikan permulaan yang baik sehinggalah kepada pengakhirannya dan juga untuk mengelakkan nasib yang malam sepanjang tahun.
9. Manisan (Sweets)Menghidangkan pencuci mulut dikatakan dapat memberikan kegembiraan dalam hidup untuk tahun yang baru. Selalunya kaum Cina akan menyediakan manisan yang disebut sebagai Gok Jai. Manisan ini diisi dengan kacang, kelapan serta biji bijan.
10. Yuanbao (Jiaozi)Di utara Cina, masyarakat di sana seringkali menyediakan dumpling atau jiaozi. Dumpling adalah doh nipis yang diisi dengan daging babi dan kubis dan ia kemudian dikukus serta dihidangkan bersama sos soya dan cuka. Pada perayaan Tahun Baru Cina, dumpling ini akan digelar sebagai Yuanbao yang mana ia mempunyai simbolik kepada mata wang Cina zaman dulu menerusi bentuknya seakan piring berganda lebih leper dan oblat.
11. Daging Babi Masam Manis Cina (Chinese Sweet and Sour Pork)Babi seringkali menjadi pilihan daging popular setiap kali sambutan Tahun Baru Cina dan lemaknya dianggap mampu memenuhi perut seseorang itu untuk tahun akan datang.
12. Telur Gulung Garing Cina (Crispy Chinese Egg Rolls)Popiah memang menjadi makanan tradisi kaum Cina setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina. Ia lebih popular daripada egg rolls. Namun ada juga yang menyediakan hidangan Crispy Chinese Egg Rolls ini sebagai kelainan.
13. Ayam Masam Manis (Sweet and Sour Chicken)Masakan ini sudah dianggap sebagai masakan fusion Amerika moden tetapi pada waktu yang sama, masam dan manis adalah antara dua bahan penting daripada lima perisa yang terdapat di dalam masakan klasikal Cina. Perisa lain andalah seperti masin, pahit dan pedas .
14. Nasi Goreng Slow Cooker (S low Cooker Fried Rice)Jika anda lebih tertumpu kepada resepi nasi goreng Asia, maka nasi goreng yang anda hidangkan adalah nasi goreng Cina yang sangat tipikal. Tetapi kalau anda mahukan fusion Cina-Amerika, maka Slow Cooker Fried Rice adalah hidangan yang amat sesuai.
No comments:
Post a Comment