Recent Post

Tuesday, February 09, 2016

Berpakaian maharaja China: Khairuddin akur keputusan Majlis Syura


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Gara-gara berpakaian ala maharaja China ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina, ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata beliau bersedia dan terbuka untuk menerima apa sahaja pandangan dan keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) terhadap tindakannya itu.

Menurut media rasmi PAS, Harakah Daily, Khairuddin mengakui kesilapannya dan menyerahkan segala keputusan terhadap tindakan itu kepada kebijaksanaan pimpinan PAS pusat dan MSU.

Menurut Harakah Daily, ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong beliau memakai pakaian maharaja China kerana menganggap ia adalah pakaian budaya masyarakat Cina dan tidak ada kena mengena dengan agama kaum tersebut.

Menurut Harakah Daily lagi, Khairuddin tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.

Laporan itu memetik Khairuddin sebagai berkata persatuan penduduk Wangsa Permai memaklumkan ia adalah pakaian ala maharaja China.

"Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama mereka," Khairuddin dipetik sebagai berkata.

Menurut Harakah Daily lagi, bagi menghormati majlis dan budaya bangsa lain, beliau tidak menolak permintaan daripada persatuan penduduk Wangsa Permai.

"Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya. Sekiranya saya bersalah dari segi hukum,saya mohon keampunan kepada Allah SWT dan saya mohon maaf kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS khususnya di Selangor atas kesilapan saya ini.

"Saya yakin dan percaya PAS dipimpin oleh kepimpinan ulama dan mereka lebih maklum dari segi hukum dalam masyarakat majmuk seperti Selangor. Apa pun pandangan nanti, saya terima, insya-Allah," Harakah Daily memetik Khairuddin sebagai berkata.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *