Recent Post

Monday, February 15, 2016

Acha Septriasa Akui Dipinggirkan Oleh Rakan Baik!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi popular Indonesia, Acha Septriasa mengakui bahawa dia terpaksa memisahkan diri seketika dari rakan terdekat dek kesibukan berlakon di lokasi pengambaraan.

Acha sendiri sedar mengenai perkara terssebut dan beliau mempunyai alasan yang tersendiri. Apa yang dikatakan oleh orang hanya dipandang sepi sahaja.

Acha 1

"Saya sedar tentang perkara itu sudah lama. Dahulu saya juga punya ramai kawan baik tetapi dek kerana kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan hubungan itu makin jauh. Bukan bermakna saya sudah melupakan mereka tetapi kami hanya dipisahkan oleh jarak dan waktu."

"Sebab itu bila orang kata saya sudah buang kawan, saya hanya tersenyum. Keadaan itu memang benar-benar terjadi kepada saya secara peribadi."

Namun, jika mempunyai masa yang terluang, tentu pasti Acha akan meluangkan masa bersama keluarga. Tetapi untuk mencari masa lapang itu adalah satu masalah besar baginya kerana dia terlalu sibuk dengan dunia lakonannya.

"Setiap kali terlibat dalam produksi filem, biasanya akan memakan masa selama dua bulan. Cukup enam filem setahun dan saya sebenarnya sudah tidak punya waktu untuk perkara lain termasuklah hal peribadi."

Acha 2

Malah, Acha menjelaskan bahawa dek kesibukannya itu menyebabkan dia tidak sempat untuk bernikah.

"Dahulu saya pernah merancang untuk bernikah pada tahun 2014 tetapi tidak jadi. Saya hanya menangis seharian sahaja dan selepas itu semuanya kembali normal dek tuntutan tugas di lokasi penggambaran."

Walaupun dia dilabel sebagai 'lupa diri' oleh rakan-rakannya namum apa yang penting tawaran lakonan sentiasa ada malah industri masih menerima Acha sebagai teraju utama.

"Jadi bila dikatakan saya tinggalkan rakan-rakan itu memang benar. Tapi dalam hal lain saya bersyukur kerana industri filem di Indonesia masih menerima saya sebagai teraju utama. Itu sudah cukup membuatkan saya teruja dan gembira."

Acha 3

Apapun, semoga Acha tabah hadapi ujian ini. Mungkin Acha perlu memilih salah satu antara keduanya. Apapun, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Kisah Cinta Acha Septriasa Kini Musnah?
  • Saya Belum Mendapat Hidayah Untuk Berhijrah – Acha Septriasa
  • Chacha Maembong Dilamun Cinta Dengan Jejaka Kacak Berkulit Gelap?
  • 396 total views, 396 views today




    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *