Recent Post

Monday, February 15, 2016

Janna Nick Tak Suka Ada Teman Lelaki?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon dan penyanyi wanita Janna Nick 20, memberitahu dia tidak berminat untuk memiliki teman lelaki dan perkara itu masih dianggap remeh.

Sejak dibangku sekolah lagi, Janna mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara sebegitu dan ingin menumpukan perhatian terhadap cita-citanya.

"Mengenai teman lelaki memang saya tak terfikir langsung, dekat FB banyak kali saya muat naik status dan rakam video dan berazam tidak mahu bercinta.

"Ramai yang tanya kenapa azam saya macam itu. Saya jawab, saja nak cabar diri, walaupun rakan-rakan seusia saya sibuk cari teman lelaki tapi saya tak langsung.

"Lagipun muda sangat nak bercinta, baik kita fokus mana yang perlu dulu," kata Janna kepada portal Murai ketika selesai previu La La La Zombie baru-baru ini di Istana  Budaya.

Dalam pada itu, Janna turut ditanya mengenai penglibatan dirinya dalam bidang nyanyian, apakah punca dia berminat untuk menjadi penyanyi.

Dengan tenang dia menjawab, Janna mahu cuba semua pada usia yang muda dan ingin mencari kesesuaian dan dekat dengan dirinya.

"Tak salah nak cuba banyak benda ketika masih muda. Saya pun 'enjoy' buat banyak benda dalam industri hiburan.

"Mengenai lagu Mungkin Saja ia adalah ciptaan kunci demak, bergenre pop dan mudah untuk didengar dalam waktu santai," akhiri Janna.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 15 Feb 2016

 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *