Recent Post

Sunday, February 14, 2016

Aliran trafik di lebuh raya lancar pagi ini, dijangka meningkat tengah hari - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan lancar pagi ini, namun dijangka meningkat tengah hari berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti panjang sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd memberitahu Bernama, aliran trafik di kedua-dua arah, utara dan selatan, khususnya menuju ke ibu kota masih lagi terkawal dan lancar setakat 9 pagi ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan tiada kesesakan dilaporkan berlaku di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *