Recent Post

Sunday, February 14, 2016

Beri Komen Pedas MLM 2016, Ini Komen Scha Alyahya Buat Pengkritik!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Scha Alyahya telah dijemput untuk menjadi juri bagi Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016). Bertindak selaku juri jemputan, Scha Alyahya bagaimanapun akui tidak kisah sekiranya dia dikritik oleh penonton gara-gara komennya yang tegas.

"Mungkin saya harapkan sesuatu yang hebat daripada para peserta MLM 2016. Mereka dah biasa dengan pentas ini, sepatutnya peserta mampu beri persembahan yang luar biasa.

"Tapi apa yang saya lihat, setiap kumpulan berikan juri dan penonton sesuatu persembahan yang sudah boleh dijangkakan. Pada saya kebanyakan persembahan mereka malam ini semuanya klisye.

"Pendapat saya mungkin berlainan daripada juri yang lain kerana saya melihat dari sudut pengisian dan keserasian," katanya kepada Astro Gempak.

Menarik artikel sebelum:- Inilah Komen Mengejutkan Scha Al Yahya Mengenai Berlakon Bersama Suami!

Beri Komen Pedas MLM 2016, Ini Komen Scha Alyahya Buat Pengkritik!

Scha Alyahya Juri Jemputan MLM 2016.

Scha Alyahya dalam pada itu tidak mengetahui beliau merupakan juri pertama yang memberikan Meter Ha paling sedikit. Tambah Scha Alyahya lagi, meskipun ramai peminat yang marah dan mempersoalkan tindakannya itu namun dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia bertindak sedemikian.

"Saya tidak tahu pula yang saya merupakan juri yang pertama beri 'Meter Ha' paling sedikit iaitu hanya dua. Saya ada alasan tersendiri mengapa beri 'Dua Ha' sahaja peserta, contohnya kumpulan Bos.

"Dan saya tahu ramai peminat marah dan tanya kenapa beri markah yang sangat sedikit.

"Pada saya itu sebagai motivasi mereka untuk terus lakukan yang terbaik untuk minggu yang akan datang. Saya pasti Bos mampu pergi lebih jauh jika lebih kreatif dan tidak ambil mudah dengan persembahan mereka," ujarnya.

Beri Komen Pedas MLM 2016, Ini Komen Scha Alyahya Buat Pengkritik!

Minggu ketiga MLM 2016 menyaksikan Chilok dan peserta solo Kavin diumumkan sebagai peserta yang tersingkir selepas berada di kelompok tiga terbawah untuk dua kali berturut-turut.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) Lara Alana Kian Membesar, Scha Alyahya Sedia Timang Anak!

2) Video Mengejutkan Lara Alana Hampir Lemas Di Swimming Pool!

3) Mengejutkan! Gambar Terkini Scha Alyahya Dengan Baby Bump Tersangat Comel

4) Wajah Terkini Anak Siti Nordiana Bikin Anda Terbeliak Mata. COMEL!

2,531 total views, 2,531 views today




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *