Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pada awal tahun 2016 ini, banyak isu berkenaan susu badan diperkatakan dari pelbagai sudut sehinggalah isu ibu susuan. Yang terbaru, isu seorang ibu mencari ibu susuan. Tidak perlu kecam dengan mencaci maki, bukan bahagia pun hidup dengan penuh hasad dengki. Menyebabkan dada sesak adalah, kerana dengki ini elemennya api dan syaitan itu elemennya juga apa. Jadi, faham-fahamlah sendiri. Bab ibu susuan ini mudah, tak perlu merumitkan dan menyusahkan keadaan. Tidak perlu sibuk nak kaitkan dengan masalah nikah. Hidup ini bukan soal nak menikah sahaja. Cari ibu susuan dan jaga ukhwah, barulah sunnah dan ada hikamh. Orang Melayu ini tak ada kerja lain, menikah saja kerjanya. Jagalah ukhwah, takkan nak menjaga ukhwah itu pun susah? Kalau bab menjaga ukhwah pun rasa susah, mungkin anda ada penyakit dan masalah. Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa hukumnya harus mencari ibu susuan walaupun berbeza pegangan akidah. Ini dah sudut hukum feqah. Sebabnya? Ini bukan berkait dengan perihal ketuhanan. Faham? Semasa anda masuk ke hospital atau ahli keluarga anda dan memerlukan penderma darah, adakah anda memeriksa akidah si penderma? Apa yang penting ialah anda tahu tahap kesihatan si penderma darah itu. Sama juga dalam bab ibu susuan yang anda perlu utamakan ialah tahap kesihatan ibu susuan itu, bukan akidahnya kerana susu ibu itu asalnya darah. Jadi, ditakuti ada penyakit berbahaya dan mestilah dikenalpasti tahap kesihatan mereka. Kemudian, jagalah ukhwah dan cadangan saya, tukar salinan surat beranak anak. Takkanlah bila sudah ambil susu untuk anak, ukhwah pula tak nak dijaga? Anda ingat anda siapa? Banyak handsome muka korang? Sudahlah minta susu orang lain, banyak pula cengkadaknya. Nak yang bertudunglah, nak yang jaga solatlah, nak yang berpurdahlah. Dalam bahasa mudah, peminta sedekah, sila sedarlah diri. Jangan nak memilih-milih sesiapa yang nak memberikan sedekah. Ibu susuan Nabi SAW ada dua yang datangnya dari kalangan hamba. Jelas? Pada zaman itu pun ada banyak unta dan kambing. Semasa Nabi SAW dilahirkan, semua haiwan itu membiak dengan banyak dan sihat sebab barokahnya kelahiran manusia agung pilihan. Tetapi Tuhan masih tetapkan ibu susuan untuk baginda. Itu pun tak perasan ke? Kata nak mengikut sunnah, ini pun sunnah. Jaga ukhwah pun sunnah. Kemudian berkenaan dengan kadar upah, itu atas akad perjanjian. Si ibu susuan berhak meminta upah, boleh rujuk pada fiqh muamalat, bab perniagaan, keuntungan 3 kali ganda sehingga 5 kali ganda. Ingat senang nak kumpul stok susu itu? Ingat sekali pam saja memancut terus seperti pili bomba? Air susu badan ini keluar setitik-setitik, sebab itu semasa isteri mengepam, anda sebagai suami duduklah di depannya dan lihatlah sendiri. Titisan-titisan itu yang anak anda minum dan membesar bagaikan juara. Dah, tak perlu nak bersedih-sedih. Kalau anak dulu dah diberikan susu formula, yang akan datang usaha juga bagi susu badan manusia. Jangan dikenang barang yang sudah berlalu. Jelas? Kalau tak faham, tanya. Jangan nak melenting bila membaca pandangan orang sampai sibuk mencari hukum feqah bab ibu susuan. Hukum feqah bagi susu formula tak nak pula tanya pada saya? Kerja mencari ibu susuan ini adalah tanggungjawab suami sendiri. Orang lain cuma boleh tolong-tolong back up sahaja. Sebab lunaskan nafkah anak itu adalah tanggungjawab suami. Bukan tanggungjawab isteri. Saya sedang stress ini, adaptor pam susu isteri saya rosak lagi. - Abu Hannah | THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment