Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Filem Ola Bola terbitan Astro Shaw yang kini masih lagi ditayangkan di panggung sudah mendapat kutipan sebanyak Rm14.5 juta dalam masa sebulan sahaja. Satu pencapaian yang membanggakan!
Namun, salah seorang pelakon filem tersebut, Muhd Luqman Hafidz yang memegang watak sebagai Ali dalam filem ini kini menjadi rebutan prosedur drama dan juga filem.
Kehidupan Luqman berubah 180 darjah selepas membintangi filem Ola Bola ini. Malah, Luqman mengakui bahawa dia tidak menyangka dengan perubahan ini dan kini Luqman sedang berusaha untuk membiasakan keadaan baru ini.
Luqman yang berasal dari Ampang dan baru sahaja berusia 25 tahun ini dilamar oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd untuk membintangi drama Mr Tanda Soal disamping pelakon Johan As'ari dan Hanna Aqeela.
"Saya sangat bersyukur dan gembira kerana mula diterima baik biarpun baru berlakon dalam sebuah filem. Saya banyak menerima komen dan maklum balas positif di laman sosial seperti Twitter dan Instagram."
"Alhamdulillah, selepas Mr Tanda Soal, saya ada menerima beberapa lagi tawaran berlakon drama dan filem, tetapi belum ada pengesahan rasmi mengenai perkara itu."
Mungkin ramai yang tidak tahu, Luqman pernah bekerja sebagai juruukur bahan di sebuah syarikat namum disebabkan minatnya yang mendalam terhadap dunia lakonan ini membuatkan Luqman lepaskan kerjayanya itu dan hidup sebagai anak seni.
"Saya suka mencuba benda baharu termasuklah dunia lakonan. Bagaimanapun, untuk tempoh jangka masa panjang, saya belum merancang sama ada mahu terus kekal berlakon atau sebaliknya.
"Saat ini, saya belum nampak gambaran jelas mengenai dunia seni. Cuma, saya nampak faktor populariti itu cukup penting untuk nama dikenali."
Apapun, semoga Luqman berjaya mencapai impian untuk menjadi seorang pelakon yang berkaliber dan dikenali oleh orang ramai.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
No comments:
Post a Comment