Recent Post

Monday, February 29, 2016

'Bekas AG membisu buktikan urus niaga SRC ada unsur jenayah' - Malaysiakini (caruman) (subscription)


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tindakan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang memilih untuk menutup mulut menguatkan hujah bahawa beliau ada memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataannya itu berdasarkan hakikat bahawa Gani tidak menafikan dakwaan Muhyiddin yang berkata wujudnya salah laku dalam urus niaga berkenaan.

"Pendirian Ghani mendiamkan diri membuktikan kenyataan Muhyiddin yang mendedahkan beliau memberitahu Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri semasa masih menjawat jawatan peguam negara adalah benar.

"Jika pendedahan Muhyiddin itu adalah fitnah terhadap Ghani sudah tentu beliau boleh menafikan kenyataan Muhyiddin dan mengambil tindakan saman fitnah terhadap Muhyidin," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, penyingkiran Muhyiddin dan juga Gani adalah tindakan pintas dan pantas Najib menghalang pendakwaan terhadap dirinya.

Pendedahan terbaru oleh Muhyiddin itu, katanya, bertepatan saranan panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengarahkan suruhanjaya itu mengemukakan semula kertas siasatan kes SRC kepada peguam negara.

"Ini membuktikan PPO mendapati terdapat bukti kes untuk pendakwaan terhadap Najib.

"Pendedahan Muhyiddin juga suatu bukti menunjukkan peguam negara sekarang telah mencalar nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang melantik beliau.

"Pendedahan itu juga menyebabkan persepsi umum yang peguam negara melindungi penjenayah?" katanya.

Muhyiddin membuat pendedahan itu sehari selepas dirinya digantung sebagai timbalan presiden Umno.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *